Showing posts with label diari diri. Show all posts
Showing posts with label diari diri. Show all posts
Sunday, 25 January 2015
#PRAYFORPANTAITIMUR: MISI BANTUAN BANJIR KUIS
Wednesday, 24 December 2014
BAGAIMANA KECINTAAN MENJADI BERBALOI?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semoga Cik Puan semua sentiasa gembira dan bahagia di samping keluarga tercinta. Bersama-samalah kita mendoakan keselamatan saudara kita yang kini diuji dengan banjir terutamanya di Pantai Timur. Rumah ayahanda dan bonda saya di Temerloh, setakat tengahari ini masih selamat. Sepanjang kehidupan saya di rumah lama dan baru, rumah kami tidak pernah ampuh lagi dek banir, Alhamdulillah. Pun begitu, terdapat jalan-jalan utama yang dinaiki air dan ini sedikit sebanyak membantutkan mobiliti penduduk setempat.
"Ya Allah, kasihanilah kami, ampunilah kami dan peliharalah kami. Serta, kurniakanlah kami kesabaran dan ganjaran atas kesabaran kami. Allahumma ameen"
Hari ini adalah cuti umum. Saya ada taklifan yang pelu dilunaskan. Perlu diserahkan esok untuk semakan. Namun, hati saya mahu menulis sesuatu agar dapat menjadi peringatan buat diri saya sendiri pada masa akan datang.
SIKAP
Saya akui saya bukanlah seorang yang benar-benar menjaga masa. Antara masalah besar diri saya adalah saya seorang yang suka procastinate atau bertangguh. Sedangkan cerdik pandai mengatakan "bertangguh itu pencuri masa". Tepat sekali. Dan seperkara lagi tentang saya ialah saya tidak bersungguh mengutamakan apa yang utama. Dalam bahasa yang mudah, saya tidak mengamalkan pengurusan masa yang bijak.
Thursday, 11 December 2014
PERKONGSIAN KELAS ASAS BLOG CIKGU ZAILA MOHAMAD
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
CEPATNYA MASA BERLALU
Sedar tak sedar sudah lebih setahun saya mendaftarkan diri dalam kelas ini. Saya mulai mendaftar dengan kelas Puan Zaila pada November 2013. Saya masih ingat lagi yang pada waktu itu, saya berazam untuk maju setapak lagi dalam perniagaan saya pada tahun hadapannya (2014). Maka, antara pendekatan yang saya ambil ialah untuk aktif mempromosikannya menerusi blog. Saya pada waktu itu telahpun berniaga busana Muslimah secara dropship. Dengan modal yang terhad pada waktu itu, saya memikirkan pelan untuk merancakkan lagi perniagaan saya. Hari demi hari, bermula dengan langkah kecil, akhirnya saya berjaya mendaftarkan perniagaan saya dengan nama SAEEDA COLLECTIONS pada November 2014. Masih mengusahakannya secara atas talian 100%, namun kini dari selain dropship, saya juga mulai mampu membeli secara pukal berdasarkan permintaan dan menambah rakan niaga dan pembekal. Alhamdulillah.
Tuesday, 2 December 2014
MASA DAN SAYA
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Lama rasanya saya tidak menulis di sini. Banyak yang berlaku, cuma tiada kesempatan. Bukan kerana kesibukan yang melampau, namun dek kerana pembaziran masa bukan pada tempatnya. Untuk itu, saya titipkan entry ini, pesanan buat diri sendiri agar masa sepatutnya dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Wednesday, 22 October 2014
SEMPENA MA'AL HIJRAHMU
APA YANG SERING TERJADI?
Mungkin kita pernah mengalami situasi seperti ini (SITUASI A).
"Aku tahu yang pahala bangun malam untuk tahajjud tu besar, Banyak kali dah Ustaz yang ceramah di masjid tu beritahu dalam kuliah, tapi susah betul aku nak gagahkan diri nak buat" luah Azam pada teman sebiliknya.
Tuesday, 7 October 2014
ADA APA DENGAN HARI INI?
HABIT
Biasanya, saya suka blogwalking ke sini membinalegasi.com. Selang dua atau tiga hari, saya memotivasi diri dari entry yang ditulis. Salah satunya tentang long term success, short term acheivement.
Monday, 6 October 2014
SAMBUTAN HARI LAHIR JAMAEI
Wednesday, 1 October 2014
PERIHAL ASHAAB UL UKHDUD
"Baba, bolehkah jiwa pemuda-pemudi dibangunkan dengan rentak lagu macam ni?" saya membangkitkan soalan ketika mana kami sama-sama menonton video klip "satu suara" yang mempamerkan gelagat muda-mudi yang menyanyi sambil menari-nari dan terlompat-lompat.
Sunday, 28 September 2014
PAGI RAMADHAN ITU
Apa kata kita join kem on sistemik thinking Ramadhan
ni?" sahabat baik saya, Along memberikan ideanya.
"Menarik tu. Seronok berprogram di bulan Ramadhan"
saya membalas dan memberikan persetujuan.
Bagi saya, jika mak dan aki mengizinkan, maka saya akan
menyertai beberapa orang sahabat dari IIUM ke Johor untuk sama-sama mengikuti
kem ini. Sementelah pengajianundergrad saya sudah di penghujungnya, terasa
program pengisian sebegini adalah sesuatu yang sangat sukar saya lepaskan.
Kami meghabiskan hampir seminggu di Kersani Training Center,
alhamdulillah... pengisian harian di sebelah siang yang sungguh bermanfaat dan
pengisian rohani di sebelah malam yang begitu menginsafkan.
Saya tidak berhasrat untuk memperincikan sistemik thinking
di sini, namun saya sekadar berkongsi sebuah permainan fikir-zikir (jika boleh
saya namakan begitu) dalam entry saya kali ini.
I
"Baiklah... apa yang ana nak antum buat sekarang ialah
antum kena gerakkan bola ini dengan laju di sepanjang garisan yang telah ana
tandakan ini. Tetapi ingat, titik tengah bola ini mestilah sentiasa selari
dengan garis lurus ini" instructor kami, Fazrul memberikan arahannya pagi
itu setelah kami menyelesaikan tugasan kami membaca Al Quran sebagaimana pagi
sebelumnya.
Wakil setiap kumpulan melakukan sebagaimana yang diminta,
nampak mudah tetapi tidak begitu pada hakikatnya. Kami teruja untuk tahu
'hikmah' di sebalik sesi ini.
II
Sebagaimana yang kita maklum, bola adalah berbentuk sfera.
Sfera adalah antara bentuk-bentuk yang kita pelajari dalam Matematik selain
dari segiempat, segitiga, trapezium, dan bulatan. Perbezaan antara sfera dan
bulatan ialah sfera wujud dalam 3 dimensi sedang bulatan adalah dalam dua
dimensi. Sfera juga mempunyai titik tengah yang mempastikannya di dalam
keseimbangan. Jika kita mengambil contoh sebiji bola yang elok (diisi angin)
maka di tengah-tengah bola itu adalah titik tengahnya. Jika kita menggerakkan
bola dengan cepat dan dalam masa yang sama kita mahukan titik tengahnya selari
dengan satu garis lurus. Maka ia sebenarnya adalah sesuatu yang cukup sukar.
Ini kerana titik tengah bola itu tidak sentiasa berada selari dengan garis
lurus itu.
III
Perkaitan sfera, titik tengah dan sebuah garis lurus ini
boleh dikaitkan dengan kehidupan kita semua.
Titik tengah itu boleh diibaratkan sebagai asas Tawhid iaitu
keyakinan, kepatuhan dan hubungan kita dengan Allah yang mesti kita pelihara
agar kita sentiasa berada di dalam haq dan keseimbangan. Seruan mentauhidkan
Allah merupakan perkara yang paling esensi dalam kehidupan kita sebagai Muslim
dan ia perkara yang disampaikan setiap Nabi dan Rasul.
Garis Lurus itu pula dianalogikan sebagai Islam as our way
of life, yang digambarkan dalam sabda Baginda SAW, bahawa mereka yang menuruti
jalan yang lurus sahaja yang akan selamat. Sedang jalan-jalan lain yang
bercabang dari siraat al mustaqiim itu menghalatujukan kesesatan dan kemurkaan
Allah.
Menggerakkan bola secara laju di atas garis yang lurus dan
dalam masa yang sama mahukan titik tengahnya berada selari dengan garis lurus
itu adalah diibaratkan kehidupan ini yang sentiasa perlu dipastikan di
selarikan dengan Islam sebagai cara hidup, perjalanan hidup ini tidak boleh
dikuarantinkan dari realiti hidup bermasyarakat - hubungan sesama manusia.
Dalam masa yang sama pelbagai pengaruh yang ada disekeliling kita dalam
bersosial tadi merupakan cabaran untuk kita terus berada in a correct path.
IV
Saya terfikir adakah benar mereka yang berpendapat mereka
itu berada selari dengan garis lurus sedang mereka tidak mahu melibatkan diri
dalam memperbaki masyarakat dan memperkukuh institusi khaira ummah - amar
ma’ruuf nahi munkar? Bagi saya, ia seolah-olah perbuatan mengredkan pelajar
dengan gred A - tanpa mempastikan mereka menduduki imtihaan.
Penulis terfikir lagi bagi membantu memperbaiki masyarakat
kita perlu mempastikan hubungan kita dengan Allah dipertingkatkan - dengannya
kita mampu menjadikan matlamat untuk menyampaikan dan meninggikan syiar Islam
itu terlaksana, in syaAllah.
Perkaitan di antara ketiga-tiga ini merupakan sesuatu yang
tidak mudah namun bukan pula mustahil. Kesilapan yang mungkin kita lakukan
ialah dengan tidak menyeimbangkan di antara ketiga-tiganya.
Mudah-mudahan ada manfaatnya.
Thursday, 25 September 2014
AZAM SANG SURI
PERKONGSIAN
"Baba, how's your day?" saya menyoal sambil tersenyum. "I made my day, mama" suami saya menjawab dengan begitu positif. Itulah jawapan yang suami saya sering hadiahkan kepada saya. Dan jawapan itulah yang biasanya mematikan andai ada 'mood tidak baik' yang mungkin saya bawa pulang dari tempat kerja. Ya. Jadikan hari-hari yang mendatang sebagai hari yang ceria. Kami melanjutkan bicara tentang hari masing-masing.
Meskipun suami saya tidak pernah berkongsi maklumat privasi klien yang diamanahkan kepadanya sebagai peguam, namun kami berbicara dari aspek ibrahnya terutama yang berkaitan harta pusaka dan institusi rumahtangga. Kata orang, mana yang baik dijadikan teladan, mana yang sebaliknya maka jadikanlah sempadan. Petang itu suami saya berkongsi tentang peranan HAKIKI seorang isteri. Dek kerana besar manfaatnya buat diri saya yang masih bertatih dalam mempelajari ilmu rumahtangga ini, maka saya kongsikan ia dengan anda yang mungkin merupakan seorang gadis yang bakal berumahtangga atau isteri yang juga ibu kepada anak-anak yang sedang membesar mahupun suami yang mahu menitipkan 'hadiah kata-kata' buat isteri yang tercinta.
FORMULA
Ramai orang yang mahukan formula menjadi isteri yang baik dan berjaya.
Namun, ramai juga yang sudah tahu namun tidak mahu atau tidak mampu merealisasikannya.
Kenapa? Hanya diri kita sendiri yang tahu jawapannya.
Untuk itu, fokuslah pada matlamat, berpeganglah pada prinsip, sesuaikanlah pada keadaan serta berpijaklah pada realiti.
Kerana formula menjadi isteri yang baik dan berjaya dalam rumahtangga ialah - ISTIQAMAH dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab sebagai ISTERI kepada suami anda sekalipun anda telahpun menjadi ibu kepada anak-anak yang semakin ramai atau wanita bekerjaya yang semakin menempa nama.
Mudah bunyinya bukan?
Tapi realitinya tetap mencabar.
HAKIKI vs MENDATANG
Hari-hari yang dilalui sebagai isteri tentulah tidak sama.
Mulai dari hari diijab kabulkan seterusnya berbulan madu lalu memulakan kehidupan sendiri yang baru serba-serbi. Sehinggalah akhirnya diangkat martabat sebagai 'guru pertama' buat generasi pelapis yang dikurniakan.
Jika pada awal perkahwinan hanya suami yang diberi perhatian dalam rumahtangga, kini perhatian juga perlu untuk si anak. Jika dulu mungkin kurang bebanan kerjayanya, namun kini komitmen kewangan yang bertambah menuntut suami dan isteri sama-sama melipatgandakan usaha sama ada dalam atau di luar office hour. Sehingga akhirnya suami isteri kabur dan lebur oleh kalimah keramat yang bernama S.I.B.U.K.
Apa yang lebih mencabar, ada tugas mendatang untuk si isteri yang turut hadir bersama keSIBUKan itu.
Tugas itu mungkin mengubah sikap seorang ISTERI kepada pengarah rumahtangga.
Tugas itu mungkin mengubah sikap seorang ISTERI kepada pengurus rumahtangga.
Tugas itu mungkin mengubah sikap seorang ISTERI kepada chef rumahtangga.
Tugas itu mungkin mengubah sikap seorang ISTERI kepada setiausaha rumahtangga.
Tugas itu mungkin mengubah sikap seorang ISTERI kepada pengasuh rumahtangga.
Sehinggalah akhirnya tugas-tugas mendatang itu mengHIJAB tugas HAKIKI seorang ISTERI.
Sesungguhnya bukan kecil bencana dari kealpaan ini.
Dan tidak sedikit rumahtangga yang kecundang kerananya.
Pokoknya, raikanlah tugas yang mendatang namun dalam masa yang sama jangan sesekali mengabaikan tugas HAKIKI seorang isteri.
Kerana seorang isteri tetaplah isteri sekalipun dia adalah juga seorang ibu, pemimpin masyarakat, pekerja, pelajar atau sesiapa sahaja.
IKUTAN
Ibrah sejarah menukilkan cemerlangnya peranan seorang ISTERI bernama Khadijah Bint Khuwailid. Beliau adalah OBOR buat Rasulullah SAW, beliau adalah ibu dan guru buat anak-anaknya, beliau pernah menjadi usahawanita yang berjaya. Namun, dia tetap seorang ISTERI yang menyelimutkan dan menenangkan suaminya yang gementar tatkala didatangi Jibril a.s sewaktu menerima wahyu pertama. Beliau tetap seorang ISTERI yang mendengar setiap kata-kata Nabi SAW dan membenarkannya. Beliau tetap seorang ISTERI yang memberikan sokongan dan kepercayaan yang tidak berbelah-bahagi terhadap suaminya.
Mudah-mudahan rumahtangga itu bakal menjadi syurga duniawi kita!
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-9 SAYANG. MANY MORE YEARS TO TREASURE, IN SYA ALLAH :)
Wednesday, 1 January 2014
MENCARI DAN MENYUBUR BAHAGIA, BUKAN MENGHARAP SEMATA
Assalamualaikum para pembaca yang saya hormati,
Di dalam kehidupan yang serba serbi demanding ini, kita sentiasa dihambat oleh beberapa tuntutan. Tuntutan kasih sayang. Tuntutan penghargaan. Tuntutan kerohanian. Tuntutan kewangan dan sebagainya.
Sehinggalah kita tidak sempat menoleh ke sekeliling kita dan berhenti sebentar tentang apakah sebenarnya yang kita sedang kejar itu.
Realitinya, itulah diri saya. Pagi saya bangun dan khidmat diri. Usai solat subuh segera pula memenuhi keperluan rumahtangga. Bergegas ke tempat kerja dan memanfaatkan kurang lebih lapan jam dengan taklifan di pejabat. Menatap dan memuliakan para pelajar yang datang dengan keazaman menjadi orang berilmu. Sungguh. Sangat berat tanggungjawab itu. Lewat petang bergegas ke pre-school el hakem brothers untuk menjemput mereka. Ada ketika melayan mereka berjalan-jalan. Pulang ke rumah untuk makan malam, rehat, mengajar mereka Al Quran, bersembang tentang apa yang mereka pelajari di pre-school, bed time stories dan melabuhkan diri melelapkan mata dan tubuh yang butuh rehat. Begitulah. Hampir setiap hari.
Bukan mengeluh. Jauh sekali berasa tidak gembira. Alhamdulillah saya bahagia dan gembira dengan kehidupan saya. Bahagia melihat anak-anak bangun terpisat-pisat mencari saya di pagi hari. Atau tiba-tiba mencari saya agar dibancuh susu mereka di tengah malam. Atau waktunya mereka memuji masakan saya yang tidak seberapa. Ditambah pula waktu kami menyantuni mereka pada hujung minggu ke taman permainan atau pusat membeli-belah. Apakah perasaan yang lebih mengagumkan daripada melihat wajah anak-anak yang gembira bila kemahuan mereka dilayan? Alhamdulillah.
Di sisi lain kehidupan saya yang nampaknya indah ini, Allah pernah menguji saya dengan ujian yang tidak pernah saya duga. Ia ujian tentang anakanda saya yang ketiga. Dek kerana ujian itu, saya berkampung selama hampir enam bulan di Wad kanak-kanak 4, Hospital Besar Kuala Lumpur. Saya yang mulanya tidak betah tinggal di wad akhirnya menghafal rutin kehidupan di situ. Cuti tanpa gaji saya diluluskan, kurang lebih selama 84.5 hari sepanjang 2013. Sukar saya gambarkan perasaan saya saat itu. Terutamanya sepanjang 12 malam anakanda saya dimasukkan ke PICU kerana komplikasi pasca pembedahan. Sepanjang enam bulan itu saya terasa seperti masuk ke dalam tarbiyyah Allah secara terus. Direct. Dan saya berjaya mempositifkan ujian itu hanya setelah saya berhempas-pulas cuba melepasi stage denial nya. Allah. Ia tidak semudah mengucapkan kalimah "sabarlah" dan "berfikir positiflah". Namun, indahnya saya rasai apabila kelaknya Allah buka satu persatu akan hikmahnya. Sungguh Allah tidak pernah memungkiri janjiNya.
Benarlah, antara hikmahnya yang sangat besar, saya lebih menghargai anak saya sejak itu. Saya insaf bahawa anak-anak kami bukanlah hak kami yang kami boleh layani sewenang-wenangnya. Ia hak mutlak Allah. Kami ibu bapa mereka hanyalah diamanahkan untuk menjaga, mendidik dan memberikan mereka kasih sayang, perhatian dan makan-pakai. Mereka amanah Allah. Mereka akan dipertangungjawabkan ke atas kami di akhirat kelak. Dulu, bukan saya tidak sedar hakikat ini. Namun, kini saya mempelajari hakikat ini secara praktikal. Allah.
Alhamdulillah, anakanda ketiga saya itu Irfaan Fateeh El Hakeem kembali sihat dan ceria. Orang putih kata "bouncing back even higher". Alhamdulillah.
Sedikit saya sematkan azam tahun baru saya, iaitu saya mahu buat yang terbaik untuk suami, anak-anak dan keluarga saya. Biar mereka gembira dengan hadirnya saya. Semoga mereka tersenyum selagi masih ada hayat saya.
Bahagia itu perlu disuburkan. Bukan diharapkan semata.
Jalan mujahadah menanti di hadapan. Allahumma sahhala li. Ameen.
Thursday, 5 December 2013
Salam Perkenalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat datang ke blog Ekonomi & Anda.
Sebelum melangkah jauh, ada baiknya saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Dinamai sebagai Sa'diah Binti Abdul Karim oleh ayahanda dan bonda saya Abdul Karim bin Jusoh dan Salmah Binti Awang. Puteri bongsu dari lapan orang adik beradik, dua lelaki dan enam perempuan. Merupakan suri hati suami yang baik budi, Ismanizam Bin Ismail dan mama kepada tiga cahaya mata lelaki yang sedang membesar. Saya dan suami menggelarkan mereka "el hakeem bros", apa tidaknya kerana mereka semua kami namai dengan Izzuddeen El Hakeem, Fekhri El Hakeem dan Irfan Fateeh El Hakeem. Alhamdulillah. Berasal dari tanah diraja Pekan, Pahang dan kini menetap di Bangi. Ketika ini saya menjawat jawatan sebagai pensyarah di sebuah kolej swasta Islam di Selangor. Saya merupakan graduan dari UIAM dalam bidang ekonomi Islam. Bidang ekonomi Islam dan pendidikan merupakan kecintaan saya. Saya juga seorang yang sukakan ketenangan, fesyen dan cenderung mendalami ilmu keibu bapaan. Menulis merupakan sebahagian keperluan kerjaya saya dan menulis di blog adalah khidmat saya terhadap massa in syaAllah.
Blog ini bermatlamat sebagai satu perkongsian konsep dan isu ekonomi semasa. Perkongsian adalah berdasarkan pembacaan dan pemahaman serta analisa saya yang sentiasa berusaha menambahbaik diri dan ilmu, maka tiada yang sempurna adanya. Pun begitu mencuba berkongsikan yang terbaik in syaAllah. Bak kata cerdik pandai, "dengan memberi sebenarnya kita memperbaiki diri".
Ekonomi pada asasnya berkaitan diri dan kehidupan kita. Sekalipun kita tidak mempelajarinya di dalam kelas, namun kita berinteraksi dengannya setiap hari. Memperoleh sarjana dalam ekonomi tidak menjamin kita akan sukses 100 peratus dalam ekonomi kehidupan, namun ia membuka lebih banyak peluang untuk kita meraih kebaikan dan kejayaan dalam perkenomian hidup kita.
Pada entry akan datang akan saya kongsikan lebih lanjut tentang "Ekonomi: Sebuah Sistem yang Berkait dengan Saya?"
Salam sayang. Hingga jumpa lagi.
Blog ini bermatlamat sebagai satu perkongsian konsep dan isu ekonomi semasa. Perkongsian adalah berdasarkan pembacaan dan pemahaman serta analisa saya yang sentiasa berusaha menambahbaik diri dan ilmu, maka tiada yang sempurna adanya. Pun begitu mencuba berkongsikan yang terbaik in syaAllah. Bak kata cerdik pandai, "dengan memberi sebenarnya kita memperbaiki diri".
Ekonomi pada asasnya berkaitan diri dan kehidupan kita. Sekalipun kita tidak mempelajarinya di dalam kelas, namun kita berinteraksi dengannya setiap hari. Memperoleh sarjana dalam ekonomi tidak menjamin kita akan sukses 100 peratus dalam ekonomi kehidupan, namun ia membuka lebih banyak peluang untuk kita meraih kebaikan dan kejayaan dalam perkenomian hidup kita.
Pada entry akan datang akan saya kongsikan lebih lanjut tentang "Ekonomi: Sebuah Sistem yang Berkait dengan Saya?"
Salam sayang. Hingga jumpa lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
