Friday 10 April 2015

PILIHAN PERMAINAN UNTUK ANAK LELAKI

1. FOKUS

Sebenarnya "demam" permainan ini telah pun sejuk. Ya. Agak lama juga saya tidak mengemaskini blog sehingga ketinggalan dalam banyak situasi. Ini kegemaran heroes kami sewaktu bulan Februari. Untuk aktiviti riadhah ini, bukan saja peralatan permainan itu sendiri yang saya belajar darinya perkara baru, bahkan props dan tekniknya. 


Ya inilah kelebihan ada 3 orang heroes, mamanya juga kena belajar banyak perkara baru. Apapun, mari kita lihat apa keperluan permainan ini. Jom! 

2. BULLET JENIS GEL
Ini adalah bullet jenis yang pertama, iaitu jenis gel. Sewaktu mula-mula membelinya, ia seperti butiran kecil yang selalu ada dalam kotak kasut baru yang biasa kita beli. Sebelum boleh menggunakannya, butiran tersebut haruslah direndam sekurang-kurangnya 3 jam sebelum ia mengembang seperti dalam gambar. Biasanya, setiap paket ada 200 butir dan setiap senapang dibekalkan 2 paket, jadi total gel bullet adalah 400. Banyak juga tu :) 

Apa yang penting, gel ini bila terkena sasaran akan pecah, dan bagi yang ada anak kecil, eloklah bermain di luar rumah kerana dibimbangi akan dikutip dan ditelan pula. Saya tidak pasti apa akibatnya, namun semoga Allah memelihara anak-anak kita. 

Bagi bermain dengan gel bullet, masukkan bullet ke dalam kelongsong lutsinar di bahagian atas senapang. Dan, bolehlah mula membidik sasaran! 

3. SENAPANG YANG DIMAKSUDKAN ADA DUA KELONSONG, SATU UNTUK BULLET GEL DAN SATU UNTUK STICKY BULLET
Kelebihan senapang ini adalah kita boleh gunakan gel bullet dan juga sticky bullet. Hanya perlu masukkan ke dalam kelongsong yang tepat. Ada lampu juga di bahagian kelongsong gel bullet. Menarik! 

4. STICKY BULLET 
Ini merupakan sticky bullet. Bullet ini lebih sesuai untuk indoor dan lebih seronok jika kita print target untuk dibidik. Sertakan juga markah. Lihat siapa yang menang! 

5. ANAKANDA RIANG, MAMA GEMBIRA 

Lazimnya, petang hujung minggu, Baba akan bawa heroes ini ke lapangan untuk membidik. Ada ketikanya turut serta adalah anak-anak jiran yang juga teman sepermainan Izz. Alhamdulillah, semoga riadhah kami menjadi ibadah! 

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda!