Saya bukanlah pakar di dalam bidang Al Quran. Saya hanya belajar empat subjek khusus berhubung Al Quran sewaktu di UIAM dulu iaitu Economics in Al Quran & As Sunnah, Science of Al Quran, Tafsir Mufassirun dan Quranic Discourse. Satu pendedahan yang sangat minima. Sangat surface.
Maka, disclaimer saya sedari awal lagi, saya raikan pandangan mereka yang lebih ahli, menghulur pendapat dan sama-sama memperkaya wadah keilmuan, in syaAllah.
Tajuk saya kali ini ialah wang dalam Al Quran. Jujurnya, saya terinspirasi menulis berhubung tajuk ini setelah saya membaca buku bertajuk "The Gold Dinar and Silver Dirham" oleh Imam Imran N. Hosein. Sebelum saya mengenali tulisan beliau, saya terlebih dahulu mengenali susuk tubuh beliau secara live sewaktu menghadiri konferens antarabangsa tentang Ekonomi dan Perbankan Islam di Kuala Lumpur sekitar tahun 2010. Alhamdulillah, selepas itu saya mulai membaca tulisan beliau dan juga menonton YouTube tentang money in Islam yang diulas oleh beliau.
Dalam tulisan beliau ini, beliau mencatatkan secara spesifik akan 14 tempat di dalam Al Quran di mana Allah menceritakan secara langsung tentang emas dan perak.
Berdasarkan 14 tempat yang dirujuk tafsirannya dalam Al Quran (saya merujuk tafsir Fi Zilalil Quran karangan Syed Qutb) dengan seni bahasanya yang indah, kalimah yang berkait dengan dinar (emas) adalah juga berkait dengan susunan perkataan lain seperti qintar dan zahab. Sementara perkataan dirham juga mempunyai keterkaitan dengan perkataan fiddah ya’ni perak. Uslub atau cara yang digunapakai dalam Al Quran secara umumnya tidak menyudutkan emas dan perak kepada perspektif yang kecil. Malahan, Allah menjelaskan enam perkara besar yang berkaitan:
Berdasarkan 14 tempat yang dirujuk tafsirannya dalam Al Quran (saya merujuk tafsir Fi Zilalil Quran karangan Syed Qutb) dengan seni bahasanya yang indah, kalimah yang berkait dengan dinar (emas) adalah juga berkait dengan susunan perkataan lain seperti qintar dan zahab. Sementara perkataan dirham juga mempunyai keterkaitan dengan perkataan fiddah ya’ni perak. Uslub atau cara yang digunapakai dalam Al Quran secara umumnya tidak menyudutkan emas dan perak kepada perspektif yang kecil. Malahan, Allah menjelaskan enam perkara besar yang berkaitan:
- Allah memerihalkan bahawa kecenderungan manusia kepada emas dan perak serta perhiasan dunia yang lainnya seperti wanita, anak-pinak, kuda, binatang ternak dan sawah ladang adalah kecenderungan syahwat yang tidak kotor dan jijik. Bahkan, Islam menggariskan bahawa kecenderungan syahwat ini bukanlah untuk ditekan atau ditindas malahan adalah untuk ditadbir urus bagi mencapai matlamat yang lebih tinggi maqamnya iaitu memperoleh redha Allah.
- Allah juga menjelaskan bahawa keni’matan di dunia termasuk rumah, istana, emas, perak dan perhiasan adalah sementara. Apa yang kekal di sisi Allah adalah keni’matan yang Allah ganjari kepada orang-orang yang bertaqwa. Allah juga mengingatkan bahawa pemberian ni’mat dunia kepada hambanNya bukanlah kayu ukur tentang adakah mereka itu hampir atau jauh dengan Allah, kerana Allah juga memberikan kurniaanNya kepada hambaNya yang kufur.
- Allah juga mengambarkan bahawa ni’mat di dalam syurga antaranya gelas, pinggan yang diperbuat daripada emas dan perak, gelang-gelang yang dihiasi dengan emas dan permata serta pakaian yang diperbuat daripada sutera hijau yang halus dan tebal serta bersulam. Gambaran ini merupakan ni’mat yang diidami oleh hati dan keinginan manusia.
- Dalam satu ayat dari Surah Yusuf: 20, Allah menjelaskan tentang peranan matawang dirham sebagai medium pertukaran. Ini salah satu ayat yang secara spesifik memperincikan salah satu peranan wang iaitu sebagai medium pertukaran dan mata wang yang disebut di dalam Al Quran ialah dirham (mata wang perak).
- Dalam surah Ali Imraan: 75, Allah mengisahkan tentang sikap sebahagian ahli kitab (Yahudi) yang tidak berlaku amanah apabila mereka diamanahkan dengan emas yang sedikit mahupun banyak, mereka enggan mengembalikannya. Bahkan, mereka berdusta dengan mengatakan bahawa sikap yang sedemikian itu adalah perintah Tuhan ke atas mereka. Sesungguhnya, inilah yang dinamakan sebagai penipuan di atas nama Allah kerana Allah tidak pernah memerintahkan hambaNya untuk melakukan tipu muslihat dalam muamalah mereka.
- Allah juga mengingatkan kita semua tentang perihal jangan sampai emas, perak dan harta dunia mengaburi kita dari kebenaran yang datang kepada kita. Sebagaimana yang telah diceritakan bila mana rakyat Fir’aun menolak dakwah Nabi Musa hanya kerana Fir’aun memiliki kekayaan dan kekuasaan sedangkan Nabi Musa adalah sebaliknya.
Daripada 14 tempat dalam Al Quran yang menyebut tentang emas dan perak ini, hanya terdapat tiga ayat yang menyebutnya secara hampir dengan aspek muamalah iaitu dalam Surah Yusuf: 20, Ali Imran: 14, 75 dan 91.
Adalah penting untuk kita memahami bahawa sekalipun Al Quran tidak menjelaskan secara terus atau direct tentang wang dalam bentuk dinar (dalam surah Yusuf ada perkaitan jelas dirham sebagai matawang), namun dalam surah Ali Imraan: 91 ada dinyatakan bahawa orang kafir yang mati dalam kekufuran tidak akan pernah sekali-kali dapat menebus pembalasan Allah dengan emas sepenuh bumi. Perkataan menebus boleh difahami dengan perbuatan menukar ganti ya'ni emas sebagai medium pertukaran.
Demikianlah hasil cari gali saya yang sangat sedikit tentang wang dalam Al Quran. Dapatan yang saya temui ini meyakinkan saya bahawa terhadap dua perkara:
1) Terdapatnya asas dalam bentuk firman Allah tentang emas dan perak sebagai medium pertukaran (atau mata wang)
2) Emas dan perak adalah dua bentuk matawang yang sewajarnya dijadikan asas dalam sistem perekonomian lantaran keterkaitannya dengan sumber wahyu berbanding mata wang kertas yang (setakat pengkajian saya) tidak ditemukan justifikasinya dalam Al Quran.
In syaAllah, saya bakal mengupas wang dalam Sunnah.
Sayang Allah, sayang Rasulullah.
Salam sayang :)
Jemput singgah ke blog saya bagi mendapatkan koleksi busana Muslimah terbaru :) di www.hijabi2u.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda!