Wednesday, 8 October 2014

BIJAK MEMILIH TUDUNG: APA DUA PERKARA ASAS YANG ANDA PERLU TAHU?

KELAZIMAN
Seringkali saatnya kita merancang mahu membeli busana, kita mahukan yang ‘pakej’ – cantik, berkualiti, up to date, murah, sopan dan santun. Tahniah! Itu tandanya Cik Puan adalah pengguna yang berhemat dan cermat. Dek kerana ini, tidak sedikit antara kita sama ada sanggup travel jauh, atau beratur panjang atau blog walking berhari-hari hanya semata-mata mahu mendapatkan busana yang dihajati. Cuma, ada baiknya Cik Puan tahu beberapa perkara asas tentang busana yang mungkin bermanfaat untuk Cik Puan.
 
PANDUAN UMUM 1: JENIS MATERIAL 
Contoh: Material lycra shawl Mahligai Scarf
Saya menyudutkan entry saya ini kepada tudung kerana tudung biasanya menjadi item yang paling kerap kita beli berbanding busana yang lainnya. Dan, saya menspesifikkannya lagi kepada jenis-jenis tudung yang kebanyakannya saya jual di butik online saya www.hijabi2u.blogspot.com 

LYCRA – semasa awal keluaran tudung awning atau instant, material ini menjadi pilihan kebanyakan pengeluar (manufacturer). Kelebihan material ini mudah dijaga kerana tidak perlu digosok, boleh dicuci dengan mesin basuh, lembut dan sejuk. Pun begitu, material jenis ini yang terdiri daripada gred yang berbeza, kadangkala menimbulkan masalah kerana gred yang rendah (low grade) menyebabkan akhirnya ia “berbentuk” di badan pengguna. Ini sudah tentu menimbulkan sedikit rasa “tidak best” kan? 
Peredaran masa memberikan kelebihan kepada pengguna kerana kebanyakan tudung yang dijual kini telah pun menggunakan Korean lycra yang berkualiti tinggi. Antara kelebihan material ini adalah ia lebih berat, tebal dan kurang menampakkan bentuk tubuh apabila digayakan. Pilihan design lycra twist juga memberikan ilusi yang lebih baik kerana lebih sopan dan anggun. Di butik atas talian saya, Koleksi Adwa adalah salah satu contohnya. 

 
CHIFFON – kini terdapat lebih banyak pilihan tudung chiffon sepenuhnya ataupun chiffon bertingkat (layered) di pasaran. Jika diamati, kelebihan material ini ialah ia mampu memberikan ilusi yang lebih baik bagi si pemakai yang berbadan besar (berdada bidang) kerana ia mampu “menutup” bentuk dada dengan lapisan chiffon tersebut. Material ini nipis, jarang dan lembut dan sangat sesuai bagi menampakkan keayuan si pemakai. Dengan demikian, kombinasi lycra atau denim dengan chiffon semakin mendapat tempat di hati pengguna.

Di butik atas talian saya, terdapat beberapa koleksi gabungan chiffon: 
1. Chiffon Lycra seperti Koleksi Baiduri, Koleksi Kamila, Koleksi Radwa, Koleksi Hayfa dan Koleksi Alwani.
2. Chiffon Denim seperti Koleksi Hannah dan Koleksi Sofia. 
 
Contoh: Material chiffon layer koleksi Sofia Jenama Haziq 


DENIM – Versatile. Itu pilihan perkataan yang sangat tepat untuk denim. Material ini mempunyai sangat banyak kelebihan antaranya lebih tebal (perlu diingatkan ketebalan denim juga berbeza-beza), mudah dijaga, lembut dan tidak panas. Bahkan dengan evolusi yang ada kini, telah terdapat denim bersulam yang sangat sesuai digayakan kerana ia lebih polos dan tahan lasak. 

Pun begitu, sebagaimana lycra, denim terdiri daripada yang tebal dan sedikit lembut dan nipis. Denim nipis lebih lembut dan sejuk manakala denim yang tebal lebih lasak dan santun. 

Di butik atas talian saya, terdapat beberapa koleksi gabungan denim:
1. Denim Border seperti Koleksi Clinsa, Koleksi Acacia dan Koleksi Jumana. 
2. Denim sepenuhnya seperti Koleksi Jaudah, Koleksi Akina dan Koleksi Damia. 
3. Denim Lycra seperti Koleksi Anaqah dan Koleksi Yasmeen. 
Contoh material denim sepenuhnya Koleksi Jaudah. Antara koleksi kegemaran saya.
PANDUAN UMUM 2: MATERIAL AWNING 
Menariknya, material awning juga kini telah mempunyai lebih variasi. Mengikut susunan kiri ke kanan, awning adalah daripada yang paling lembut ke yang paling keras. Awning purple adalah soft awning. Ia adalah yang paling lembut. Yang kedua dari kiri adalah denim soft awning. Ini saya ambil contoh daripada koleksi Jaudah. Awning ketiga dari kiri, adalah denim awning yang saya ambil daripada koleksi Damia. Awning keempat dari kiri, adalah denim awning yang paling mudah dibentuk. Yang ini saya ambil daripada koleksi Akina. Yang paling kanan adalah awning corduroy, dan ini daripada kategori awning keras. Awning corduroy sendiri terdiri daripada 3 jenis asas, garis-garis yang rapat, medium dan jarang-jarang. Selain daripada awning corduroy, lazimnya tiada masalah untuk basuhan mesin. Makanya, antara advantage soft awning adalah ia lebih mudah dijaga. 
KESIMPULAN
Apapun minat dan kecenderungan Cik Puan dalam memilih tudung, keperluan yang paling utama adalah kualiti dan kesantunannya. 

In syaAllah di www.hijabi2u.blogspot.com, saya akan cuba untuk menyediakan koleksi busana yang eksklusif, santun, anggun dan berkualiti untuk anda. 

Jemput lihat-lihat dulu ye Cik Puan. Terima kasih :) 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda!