Apa kata kita join kem on sistemik thinking Ramadhan
ni?" sahabat baik saya, Along memberikan ideanya.
"Menarik tu. Seronok berprogram di bulan Ramadhan"
saya membalas dan memberikan persetujuan.
Bagi saya, jika mak dan aki mengizinkan, maka saya akan
menyertai beberapa orang sahabat dari IIUM ke Johor untuk sama-sama mengikuti
kem ini. Sementelah pengajianundergrad saya sudah di penghujungnya, terasa
program pengisian sebegini adalah sesuatu yang sangat sukar saya lepaskan.
Kami meghabiskan hampir seminggu di Kersani Training Center,
alhamdulillah... pengisian harian di sebelah siang yang sungguh bermanfaat dan
pengisian rohani di sebelah malam yang begitu menginsafkan.
Saya tidak berhasrat untuk memperincikan sistemik thinking
di sini, namun saya sekadar berkongsi sebuah permainan fikir-zikir (jika boleh
saya namakan begitu) dalam entry saya kali ini.
I
"Baiklah... apa yang ana nak antum buat sekarang ialah
antum kena gerakkan bola ini dengan laju di sepanjang garisan yang telah ana
tandakan ini. Tetapi ingat, titik tengah bola ini mestilah sentiasa selari
dengan garis lurus ini" instructor kami, Fazrul memberikan arahannya pagi
itu setelah kami menyelesaikan tugasan kami membaca Al Quran sebagaimana pagi
sebelumnya.
Wakil setiap kumpulan melakukan sebagaimana yang diminta,
nampak mudah tetapi tidak begitu pada hakikatnya. Kami teruja untuk tahu
'hikmah' di sebalik sesi ini.
II
Sebagaimana yang kita maklum, bola adalah berbentuk sfera.
Sfera adalah antara bentuk-bentuk yang kita pelajari dalam Matematik selain
dari segiempat, segitiga, trapezium, dan bulatan. Perbezaan antara sfera dan
bulatan ialah sfera wujud dalam 3 dimensi sedang bulatan adalah dalam dua
dimensi. Sfera juga mempunyai titik tengah yang mempastikannya di dalam
keseimbangan. Jika kita mengambil contoh sebiji bola yang elok (diisi angin)
maka di tengah-tengah bola itu adalah titik tengahnya. Jika kita menggerakkan
bola dengan cepat dan dalam masa yang sama kita mahukan titik tengahnya selari
dengan satu garis lurus. Maka ia sebenarnya adalah sesuatu yang cukup sukar.
Ini kerana titik tengah bola itu tidak sentiasa berada selari dengan garis
lurus itu.
III
Perkaitan sfera, titik tengah dan sebuah garis lurus ini
boleh dikaitkan dengan kehidupan kita semua.
Titik tengah itu boleh diibaratkan sebagai asas Tawhid iaitu
keyakinan, kepatuhan dan hubungan kita dengan Allah yang mesti kita pelihara
agar kita sentiasa berada di dalam haq dan keseimbangan. Seruan mentauhidkan
Allah merupakan perkara yang paling esensi dalam kehidupan kita sebagai Muslim
dan ia perkara yang disampaikan setiap Nabi dan Rasul.
Garis Lurus itu pula dianalogikan sebagai Islam as our way
of life, yang digambarkan dalam sabda Baginda SAW, bahawa mereka yang menuruti
jalan yang lurus sahaja yang akan selamat. Sedang jalan-jalan lain yang
bercabang dari siraat al mustaqiim itu menghalatujukan kesesatan dan kemurkaan
Allah.
Menggerakkan bola secara laju di atas garis yang lurus dan
dalam masa yang sama mahukan titik tengahnya berada selari dengan garis lurus
itu adalah diibaratkan kehidupan ini yang sentiasa perlu dipastikan di
selarikan dengan Islam sebagai cara hidup, perjalanan hidup ini tidak boleh
dikuarantinkan dari realiti hidup bermasyarakat - hubungan sesama manusia.
Dalam masa yang sama pelbagai pengaruh yang ada disekeliling kita dalam
bersosial tadi merupakan cabaran untuk kita terus berada in a correct path.
IV
Saya terfikir adakah benar mereka yang berpendapat mereka
itu berada selari dengan garis lurus sedang mereka tidak mahu melibatkan diri
dalam memperbaki masyarakat dan memperkukuh institusi khaira ummah - amar
ma’ruuf nahi munkar? Bagi saya, ia seolah-olah perbuatan mengredkan pelajar
dengan gred A - tanpa mempastikan mereka menduduki imtihaan.
Penulis terfikir lagi bagi membantu memperbaiki masyarakat
kita perlu mempastikan hubungan kita dengan Allah dipertingkatkan - dengannya
kita mampu menjadikan matlamat untuk menyampaikan dan meninggikan syiar Islam
itu terlaksana, in syaAllah.
Perkaitan di antara ketiga-tiga ini merupakan sesuatu yang
tidak mudah namun bukan pula mustahil. Kesilapan yang mungkin kita lakukan
ialah dengan tidak menyeimbangkan di antara ketiga-tiganya.
Mudah-mudahan ada manfaatnya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda!