Wednesday, 1 October 2014

PERIHAL ASHAAB UL UKHDUD

"Baba, bolehkah jiwa pemuda-pemudi dibangunkan dengan rentak lagu macam ni?" saya membangkitkan soalan ketika mana kami sama-sama menonton video klip "satu suara" yang mempamerkan gelagat muda-mudi yang menyanyi sambil menari-nari dan terlompat-lompat. 


Namun, dalam masa yang sama mereka cuba memberi kefahaman kepada penonton yang mereka membawa agenda pemuda-pemudi Malaysia yang tahu jati diri, tahu yang mana baik dan buruk dan tahu pula memanfaatkan masa muda mereka. Jiwa rasional saya menolaknya mentah-mentah. Suami saya menghirup teh tarik yang saya sediakan istimewa untuknya perlahan-lahan, dia hanya tersenyum dan memberi isyarat akan memberi respondnya pada ketika yang lain. Saya tiba-tiba teringat tentang satu pengisian kuliah ilmu yang pernah saya hadiri tentang remaja.


I

Untuk itu, saya kongsikan sedikit coretan nota kuliah ilmu yang saya pernah hadiri semasa undergrad di UIAM. Kuliah yang dianjurkan oleh QYC ini amat memberikan manfaat buat saya. Saya mengeditnya supaya sesuai dengan mood blog saya ini. Moga ada manfaatnya.


II

Entry kali ini mengambil ‘ibrah dari kisah Ashaabul Ukhdud, sebuah kisah dari Al Quran, yg sesungguhnya Al Quran merupakan sebaik-baik kitab yg memberi petunjuk dan tiada padanya keraguan.


Al-Quran menyebut kisah ini secara tidak langsung di dalam Surah Al-Buruj bermula ayat yang ke-4. Namun ia diterangkan secara terperinci di dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Kisah seorang budak diberikan biasiswa oleh raja yang zalim untuk mempelajari ilmu sihir namun dia dalam masa yang sama turut mempelajari ilmu tauhid dan aqidah yang sahih. Kemudiannya, dia meningkat dewasa sebagai penentang kepada raja yang zalim. Sekalipun akhirnya dia mati di tangan raja tersebut, perjuangannya diterima oleh rakyat jelata yang seterusnya beriman kepada Allah SWT. Di sinilah berlakunya perstiwa parit berapi.



Kisah ini mencatat satu pengajaran yg sangat berma’na bagi org-org yg mahu mengambil pengajaran darinya.



Ingatlah, bahawa dalam kisah ini, Al Quran tidak menyebut secara khusus akan tarikh, tempat dan masa peristiwa penting ini berlaku. Kenapakah agaknya? kerana kita perlu mengambil pengajaran dari ketidakterbatasan masa menerusi kisah itu - ia melewati masa dahulu, sekarang dan akan datang.

‘Ibrahnya - pertentangan dan perjuangan, jihad dan pengorbanan, kemenangan dan kekalahan, syahid atau hidup mulia : semuanya akan terus berlangsung sehingga ke akhir hayat dunia ini. Ia mungkin berlaku ke atas diri kita sendiri dan mungkin kita jua di kalangan org-org yg memperjuangkan yg haq dan menentang kebatilan. Relevannya, sehingga ke hari ini, dan sehingga artikel ini ditulis sekalipun, dunia Islam menghadapi tentangan dari musuh Islam, aqidah umat Islam seolah-olahnya begitu murah apabila dengan mudah umat Islam yg lemah imannya menggadaikan hijabnya hanya kerana karier atau melupakan kewajipan solatnya apabila terlibat dalam PKN.. fikirkanlah…


III

‘Ibrah yg kedua - ialah bagaimana dalam kisah itu, pemuda yg disebutkan itu berada di dua persimpangan - satu menyeru kepada kejahatan (belajar ilmu sihir) dan satu menyeru kepada kebaikan (belajar utk mengenal Allah SWT dan beriman kepadaNya).
Inilah realiti yg masih tak kunjung padam hinggalah ke hari ini - cuma kedua-dua bentuk ujian itu wujud dalam bentuk yg lebih moden dan “updated”. Kenapa saya berkata begitu? Jawapannya - setiap hari kita dihidangkan dengan seribu satu macam bentuk hiburan dan agenda yg melalaikan - secara sedar ataupun tidak, secara direct atau indirect, secara maya ataupun “live”. 
On the other hand, kita juga sebenarnya boleh memperolehi ilmu dan pengajaran yg bermanfaat jika kita BERUSAHA untuk mendapatkannya. Kedua-dua unsur-unsur ini (kebaikan dan kema’siatan) tidak boleh bersama laksana air dan minyak.
Maka, tanggungjawab kita adalah - utk memahami satu situasi di mana Islam dengan cahaya kebenarannya mahu kita bersama dengannya, dan dalam masa yg sama musuh Islam dengan gelap pekat ideologi yg merosakkan juga mahu kita bersama mereka. Kedua-duanya mahukan kita… oleh itu, wahai syabab dan fatayaatal mu’minin… jangan biarkan diri kita menyesal di hari yg tiada lagi manfaat segala bentuk penyesalan…


IV

‘Ibrah yang ketiga - keimanan kita kepada Allah SWT pasti akan diuji- begitulah, kita sendiri cthnya sewaktu di alam kampus - diiktiraf pengajian kita apabila kita berjaya dalam imtihaan. Tiada org yg dikatakan berjaya jika dia tdk pernah diuji, sohih?
Kecekalan dan kekuatan aqidah pemuda itulah - yg sepatutnya kita ambil ‘ibrah daripadanya. Jadilah insan yg tegar utk menerima dan melalui ujian di dunia ini. Ketahuilah, kehidupan di dunia ini merupakan satu ujian. Dan beruntunglah org-org yang dapat melakukan amal yg terbaik!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda!