Wednesday 21 January 2015

PERTAMA KALI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, 

DAQIQ II berlangsung dengan jayanya dari 23 Disember 2014 - 26 Disember 2014 di Masjid Al Azhar, KUIS. Alhamdulillah, ini pengalaman pertama menyertai kem buat Izz dan Fekhri. Gabungan aktiviti kem ini adalah unik termasuklah memanah, hafazan, bernasyid, menonton video, memakai serban dan membuat cheesekut yang sedap. Tahniah untuk pihak penganjur khususnya buat pengarah kem, Kak Hasdilla. 

Izz terutamanya sangat seronok bercerita tentang sticker yang dikumpulnya. Salah satu sticker tersebut dihadiahkan kakak fasi kerana akhlaqnya yang baik dalam menjaga adiknya Fekhri. Bagus Along! 

Bagi saya yang pertama kali mendaftarkan anak-anak kem seperti ini terasa seperti wah-anakku-dah besar-oohh-yeah. Tersenyum sendiri. 

Dengan pendedahan bersosial dan belajar menerusi kem seperti ini, kami harapkan semoga Izz, Fekhri dan suatu hari nanti Akim akan dapat menjadi insan yang lebih cemerlang. Allhumma ameen. 

Kami suka DAQIQ II :) 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda!