Sunday, 7 December 2014

TENTANG RASA SEORANG IBU

FAMILY DAY FPM NOV 2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
Selamat memulakan minggu ke dua dalam bulan terakhir 2014. Bulan ini bulan yang signifikan sebagai batu asas momentum pencapaian saya untuk tahun hadapan. Tahun baru 2015 bukan untuk saya memulakan segala azam dari zero, namun cuma melonjakkan momentumnya dengan langkah yang lebih jitu. 
Sebagai seorang ibu yang masih belajar, saya titipkan entry ini sebagai panduan saya untuk hari-hari yang mendatang. Supaya saya tidak mengulangi kesilapan saya yang saya tidak mampu memaafkannya. 
BERUSAHA UNTUK TAHU DAN MAMPU 
Jujurnya, saya masih sangat kurang berinisiatif untuk mengambil tahu tentang apa milestone yang sepatutnya dicapai oleh anak-anak saya berdasarkan usia mereka. Mengambil tahu di sini bukan sekadar "tahu" namun memantau adakah "what have" sama seperti "what should". Inilah kesilapan besar saya. To know and to monitor, that's it. 

Saya hanya bersemangat melakukan tanggungjawab ini semasa tahun-tahun pertama anak pertama saya Izz, namun untuk Fekhri dan Fateh, saya cuma "follow the flow". Saya membataskan satu tanggungjawab besar tentang persoalan "adakah anak aku menguasai  apa yang dia perlu kuasai?". Bukan saya tidak sedar hal teramat penting ini, namun saya meremehkannya tanpa satu pun alasan yang munasabah. Hanya malas dan tidak istiqamah. 
Natijahnya, saya tidak berhasil membandingkan "framework tentang apa yang anak saya kuasai menerusi pendidikan formalnya di sekolah" dengan "framework apa yang sepatutnya mereka kuasai pada usia mereka". Ketidakmampuan ini menyebabkan saya tergapai-gapai tentang kualiti penguasaan ilmu dan kemahiran yang anak-anak saya perolehi. 
Tahun 2015, 
Izz berusia tujuh tahun 
Fekhri berusia lima tahun 
Fateh berusia empat tahun 
Saya paksakan diri saya untuk melakukan pendekatan "to know, to monitor and to practice". 
Secara lebih serius. 

Ibu merupakan madrasah pertama anak-anak, itu lah yang selayaknya. Namun, taklifan ini tidak mampu saya fokuskan 100% kerana saya bekerjaya. Ikhlas saya katakan jika saya tidak bekerjaya sekalipun, saya belum tentu mampu menjadi madrasah pertama yang terbaik untuk anak-anak saya. Ilmu home-schooling tidak hanya tentang apa yang diajar, namun yang lebih penting, adakah ia diamalkan. Dan penerapan ini memerlukan lebih dari sekadar kelas, ia adalah rutin. Ia adalah disiplin. Ia juga menuntut kemahiran bersosial dan berinteraksi. Untuk itu, saya dan suami memberikan sepenuh kepercayaan kepada para cikgu di sekolah mereka untuk menagajar dan mendidik anak-anak kami. Didiklah permata hati kami yang juga amanah paling berharga buat kami. 

SINERGI KASIH SAYANG 
Buat kami sebagai ibu bapa, 
Rajin-rajinlah mengambil tahu pendidikan dan perkembangan anak-anak, 
Praktikkanlah akhlaq yang mulia dan adab sebagai amalan harian di rumah,  
Manfaatkanlah masa bersama anak-anak, 
Pujilah anak-anak dan motivasikanlah mereka, 
Berikan apa yang terbaik yang ada dari sisimu. 
Buat guru-guru di sekolah, dengan keterhadan yang kami miliki, kami amanahkan anak-anak kami untuk disayangi. Kerana kami yakin, kalian lebih tahu apa yang terbaik dalam bidang kalian. Semoga didikan kalian yang ikhlas menjadi amal jariahmu di akhirat kelak. 

TERIMA KASIH 
Alaa kulli haal, terima kasih buat semua teachers anak-anak saya yang telah mendidik dan mengajar el hakeem bros. 
"Terima kasih, cikgu"

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda!