Tuesday, 2 December 2014

MASA DAN SAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Lama rasanya saya tidak menulis di sini. Banyak yang berlaku, cuma tiada kesempatan. Bukan kerana kesibukan yang melampau, namun dek kerana pembaziran masa bukan pada tempatnya. Untuk itu, saya titipkan entry ini, pesanan buat diri sendiri agar masa sepatutnya dimanfaatkan sebaik-baiknya. 


MASA ITU EMAS
Jika dikatakan masa itu sangat berharga, emas lah yang dapat menggambarkan betapa berharganya ia. Demikianlah manusia, sekalipun begitu berharganya masa, namun yang seperti emas inilah yang dibazirkan manusia. Persoalannya kenapa saya adalah antaranya?  
Agak-agaknya sanggupkah kita buang gelang atau cincin emas kita? Ohhh... tidak. Tapi, tidak bagi masa, sanggup dibazirkan bukan seminit dua, tapi berjam lamanya tanpa sekelumit rasa kesal. Sekalipun harganya lebih mahal dari emas permata. 
Mungkin, saya perlu mendenda diri saya, setiap minit yang dibazirkan, diganti dengan perlu menderma ke jalan kebaikan. RM10 sejam, contohnya. Penalti kata orang sekarang. Baru saya boleh belajar memanfaatkan masa. 

MASA ITU RELATIF 
Di dalam Al Quran, ada surah tentang masa. Bahkan Allah memberitahu kita yang bumi dan langit diciptakan dalam tempoh enam hari. Enam hari menunjukkan masa. Ya, enam hari di sisi Allah. Bukan di sisi kita sebagai manusia. 
Apa maksudnya? Ini menunjukkan masa itu relatif, ia panjang bagi yang memanfaatkannya. Sebaliknya, ia pendek bagi yang membazirkannya. Sebab itu, ada cerdik pandai menyebut contohnya "malam itu panjang, jangan singkatkannya dengan tidur semata-mata". Tidur, berpoya-poya, melepak, bergosip adalah aktiviti-aktiviti yang memendekkan masa. Memendekkan usia.  
Seperkara lagi, masa itu panjang dan mencukupi bagi mereka yang Allah kehendaki. Orang yang soleh dan cintakan ilmu contohnya, masa mereka cukup untuk solat sunat, mentelaah, berdakwah, mengajar di malis ilmu, berziarah dan bermusafir. Mereka sangat sibuk, namun masa mereka dicukupkan oleh Allah. Kenapa begitu? Ia kerana masa adalah milik Allah, masa yang diberkati juga adalah kurniaan yang sangat besar daripada Allah. Jadi, bagi mereka yang ikhlas dan bersungguh-sungguh memanfaatkan masanya untuk bekal akhirat dan dunia, maka Allah mencukupkan masa buat mereka. 

MASA ITU AMANAH 
Benar. Ia amanah, terutamanya masa usia di waktu muda. Masa juga bukan percuma. 
Dalam ekonomi, ada quote yang berbunyi "there is no such free lunch". Pada saya, jika dinisbahkan pada masa,saya terpaksa bersetuju. Katalah saya membazirkan masa saya berjam lamanya melihat facebook atau lebih tepat lagi menonton drama televsiyen, kelihatannya ia percuma sahaja. Saya tidak perlu bayar dalam bentuk RM untuk masa yang saya bazirkan. Betul kah begitu? 
Jawapannya YA untuk perspektif dunia. 
Tapi TIDAK untuk perspektif akhirat. Analoginya, jika apa yang saya tonton itu maksiat semuanya, atau lagha adanya, maka ia haram dan berdosa. Ke neraka tempatnya. Dan itulah bayarannya. 
Kata orang sekarang, BUY now PAY later. Enjoy di dunia, bayar di akhirat.

MASA = AMAL SOLEH 
Amal soleh merupakan inti pati masa. Bukan selainnya. Kerana amal soleh yang sekelumit inilah yang menyelamatkan kita dalam konteks masa yang abadi (internal) di akhirat nanti. 
Be your acts are servicing your students, kids, husband, society or writing beneficial entries, books or journals, or selling halal and good products to your Muslim brother or treating your patients at hospitals or any good deeds ... let them be our amal soleh. In syaAllah. 
Teringat isi kuliah Syeikh Aiman sewaktu di UIAM tentang dua syarat sesuatu amal itu menjadi amal soleh. Pertamanya ikhlas kerana Allah dan keduanya mesti mengikut apa yang diajar oleh Rasulullah SAW. Jika tiada salah satunya, contoh mengajar di majlis ilmu tapi tidak ikhlas kerana Allah, maka sia-sialah ia dan tiada memberi kebaikan di akhirat sana nanti. 

BELAJAR DAN AMAL 
Sekarang, kita ada banyak talian hayat untuk bangun dan memanfaatkan masa. Ambillah talian hayat ini selagi masih ada hayat. 
Ini mungkin salah satu link talian hayat yang boleh membantu kita semua. Good videos for all of us about what Al Quran wants us to understand to success here and Hereafter. 

https://www.facebook.com/noumanalikhancollection/videos

May Allah bless us all. 

I really appreciate if you could share any other beneficial links to upgrade our quality as a Muslim here. 

Many thanks. 



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda!