Blouse ini jenama Wafiyya, material yang digunakan adalah cotton blend |
DULU-DULU
Dulu-dulu, saya seorang penggemar baju kurung dan kemudiannya jubah. Sewaktu saya belajar, almari pakaian saya adalah jubah, jubah dan jubah, maksud saya pemakaian sewaktu keluar dari rumah.
Jika di rumah pula, saya lebih sukakan t-shirt, seluar panjang dan skirt. Oh ye, saya seorang yang tidak pandai mengenakan kain batik, saya tidak pernah membeli kain batik dan saya hanya mengenakannya beberapa hari sewaktu dalam pantang. Entahlah... bagi saya sangat sukar untuk mengikat kain batik.
SEKARANG
Namun, itu cerita dulu. Apabila saya perlu menyusukan anak sulung kami Izz, saya perasan yang agak sukar bagi saya mendapatkan busana yang mesra penyusuan (masa itu, tidak lah mudah seperti sekarang). Maka, saya terpaksa menempah mini jubah dan berpuas hati dengan baju-baju yang saya tempah itu.
Masa terus berlalu dan saya mendapati terus wujud kekangan masa untuk saya menggosok mini jubah, jubah dan baju kurung saya untuk ke pejabat. Saya terus berusaha mencari solusi sehinggalah saya menemukan pilihan busana daripada lycra. Saya pun mencubanya dan saya mendapati rupa-rupanya lycra ini sendiri mempunyai gred yang berbeda, ada yang tebal dan ada yang agak nipis. Pilihan saya adalah lycra yang tebal kerana ia tidak jarang, tidak melekap dan elok "terjatuh". Pada masa ini, saya telah mulai berjinak-jinak menjual busana secara atas talian.
Mungkin keterlibatan saya dalam aspek busana semakin berkembang menyebabkan saya terus meneroka material kain yang ada dan yang manakah yang sesuai dengan saya sehinggalah saya bertemu dan serasi dengan blouse yang diperbuat daripada material cotton polyster. Ia bukan sahaja tidak perlu digosok, mesra mesin, tidak jarang dan tidak melekap malahan sangat lembut, sejuk dan ada mempunyai kriteria seperti baldu. Cuma, jika tidak kena gaya penjagaannya, maka ia mudah berbulu.
SAEEDA COLLECTIONS
Untuk panduan Cik Puan, saya kongsikan gambar "zoom in" beberapa material yang saya maksudkan di atas. Semua koleksi ini Cik Puan boleh dapatkan dari saeeda collections.
Blouse jenama Wafiyya. Materialnya adalah cotton lycra |
Jubah jenama Wafiyya. Material yang digunakan adalah 100% cotton. |
Jubah jenama Wafiyya. Material daripada Japanese Lace dan Moss Crepe. |
Jubah jenama Wafiyya. Material daripada cotton. |
Baju kurung jenama Wafiyya. Material plain adalah lycra sementara yang printed (corak) adalah cotton polyster. Ini antara material kegemaran saya |
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda!