APA YANG SERING TERJADI?
Mungkin kita pernah mengalami situasi seperti ini (SITUASI A).
"Aku tahu yang pahala bangun malam untuk tahajjud tu besar, Banyak kali dah Ustaz yang ceramah di masjid tu beritahu dalam kuliah, tapi susah betul aku nak gagahkan diri nak buat" luah Azam pada teman sebiliknya.
Atau mungkin juga begini (SITUASI B).
"Macammana aku nak bangun solat malam, sedangkan cara untuk solat tahajjud pun aku tak tau" Ahmad menceritakan masalahnya kepada teman baiknya Azim.
Mungkin juga berlaku begini (SITUASI C).
"Dulu, waktu aku tak tahu betapa besarnya pahala bangun malam untuk qiyamullail ni, aku tak pernah cakna nak buat. Tapi, lepas aku dengar ceramah Ustaz A, dan tengok akhlaq dia, aku termotivasi untuk qiyamullail. Aku harap aku mampu istiqamah" kongsi Ridhwan tentang pengalaman masa silamnya kepada Yahya.
APA YANG SEBENARNYA BERLAKU?
Situasi A: Orang yang RUGI.
Dia TAHU tentang kebaikan, dia MAHU melakukan kebaikan, tetapi dia belum MAMPU melakukan kebaikan.
Jika kita dalam situasi ini, tarbiyyahlah NAFSU agar mampu dikemudi ke arah kebaikan dan bukan sebaliknya.
Situasi B: Orang yang SIA-SIA.
Dia sedar dirinya tidak TAHU tentang bagaimana untuk beramal, namun dia tidak berusaha mencari ILMU agar dirinya menjadi TAHU. Titik tolaknya, jika tidak TAHU, bagaimana akan terjana MAHU dan MAMPU beramal kebajikan?
Jika kita dalam situasi ini, pergilah mencari ILMU, ia langkah pertama dan yang paling utama dalam beramal.
Situasi C: Orang yang BERUNTUNG.
Dia TAHU tentang pentingnya berbuat baik, dia MAHU berbuat kebajikan dan dia MAMPU melakukannya.
Jika kita dalam situasi ini, BERSYUKURLAH dan pohonlah sebuah ISTIQAMAH dari ALLAH!
NI'MAT
Ni'mat MAMPU melakukan kebaikan adalah anugerah Allah yang tinggi nilainya.
Selamat Menyambut Ma'al HIjrah 1436.
Teruslah berusaha menjadi orang yang dicintaiNya!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda!