HABIT
Biasanya, saya suka blogwalking ke sini membinalegasi.com. Selang dua atau tiga hari, saya memotivasi diri dari entry yang ditulis. Salah satunya tentang long term success, short term acheivement.
SAYA BUKAN SIAPA-SIAPA
Saya bukan orang yang terbaik dalam memotivasikan orang lain. Namun, saya sentiasa mencuba mempositifkan diri dengan "berkawan" dengan mereka yang positif sekalipun hanya melalui tulisan mereka.
Menerusi pendekatan long term success, short term achievement, ia membuka minda saya tentang peribadi seorang Muslim yang baik untuk dicontohi.
Orang mukmin itu adalah orang yang pasti berjaya sebagaimana dinyatakan dalam ayat 1-6 surah al mu'minuun yang memerihalkan sikap orang Mukmin yang dijanjikan kejayaan.
Sikap orang yang berjaya tidak akan pernah sama dengan orang yang gagal atau orang yang biasa-biasa sahaja.
Orang yang berjaya adalah orang yang berpandangan jauh. Wawasan kejayaan yang mahu digenggamnya menangkaui horizon masa dan tempat. Dalam erti kata yang lain, melangkaui masa kehidupan di dunia. Dan melangkaui tempat yakni hingga ke akhirat. Ini yang difahami sebagai long term succcess. Mohd Akram Khan dalam tulisannya ada menyebut tentang wawasan "al falah" sebagai kejayaan yang holistik dan menjadi tujuan Muslim. Dari segi terminologi, ia berbeza dengan "an najah" kerana "an najah" lebih khusus ruang lingkupnya. Sebab itu lah sebelum imtihan, kita lazimnya mengucapkan "ma'an najah" yang khusus merujuk kepada implikasi dunia contohnya peperiksaan.
Namun, dalam masa yang sama, Muslim juga adalah seorang yang realistik. Kejayaan dunia dan akhirat difahami sebagai seiring, bergandingan atau sejalan. Sebab itu saya suka tagline blog seorang rakan saya exuiam yang berbunyi "kecemerlangan akhirat melalui prestasi hidup di dunia".
REALITI
Lantas, kehidupan kita sekarang di dunia sewajarnya memanifestasikan siri-siri kejayaan dalam kehidupan sehari-hari supaya kelak siri-siri kejayaan ini akan membentuk kejayaan dan kecermerlangan jangka masa panjang yang didambakan.
Kejayaan sehari-hari yang menjejak kejayaan jangka masa panjang ini lah yang difahami sebagai short-term achivement.
Mudahnya, fokuskan kecemerlangan jangka masa panjang.
Dalam masa yang sama, berusahalah sekuat mungkin untuk pencapaian hari ini!
Mengisi setiap hari dengan kejayaan, itulah visi jangka pendek seorang Muslim.
Mengenggam kecemerlangan jangka masa panjang itu lah wawasan seorang Muslim.
Persoalannya, apa kejayaan saya hari ini?
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda!