Saturday, 18 October 2014

BEING A NURSE

WE LOVE YOU IZZ
Assalamualaikum 

BELAJAR
Dalam soal kesihatan anak-anak, saya akui saya bukan orang yang terbaik. Namun, saya mulai belajar mengenainya melalui pengalaman dan permerhatian sepanjang bergelar seorang ibu.

Saya belajar untuk mempercayai instinct seorang ibu. 
Saya belajar untuk bertanya soalan yang betul dan dengan cara yang betul kepada Doktor. Ini seni yang mahal harganya, sebab adakalanya kita tidak tahu masalah sebenar dan cara yang sepatutnya dilakukan hanya disebabkan communication gap. Maklumlah layman seperti saya, masakan tahu tentang ilmu perubatan yang dinamik dan saintifik. 

Saya belajar untuk memantau anak-anak saya yang sedang sakit termasuklah tentang alarming symptoms, ubat-ubatan, supplements dan doa ma'thuur dari Nabi SAW bagi mereka yang sedang sakit. Terima kasih buat kekanda saya Fatimah Abdul Karim yang mengajarkan saya doa tersebut. 

Lebih penting, saya belajar untuk berhati-hati tentang pencegahan supaya apa yang tidak diingini tidak lagi berulang. Ya, kita hanya mampu merancang dan mahukan yang terbaik. Selebihnya, buanglah kegusaran seorang ibu dengan tawakkal sepenuhnya kepada Dia. 

TIDAK DISANGKA
Demam anakanda saya Izz berlarutan lebih dari tiga hari sekalipun antibiotik telah sempurna diambil. Simptom lain seperti batuk-batuk dan selsema cuba menyedapkan hati saya yang Izz demam selesema, maklum saja cuaca juga nampaknya tidak menentu. 

Namun, Isnin 13 Oktober 2014, saya membawanya ke Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor yang merawat memeriksa dengan bersungguh-sungguh. History taking dibuat seperti lazimnya. Saya cuba memperjelas seadanya. 

Akhirnya, Doktor mencuba konklusi "Saya fikir, kita teruskan dengan antibiotik yang lain pula, nanti lagi tiga hari, kita tengok macamana" ujarnya. 

Saya menarik nafas "Doktor, bagaimana jika saya ada sedikit kegusaran tentang demam anak saya ni sebab sekarang musim denggi. Macammana saya nak pastikan yang dia bukan denggi" saya meluah kegusaran di hati. 

"Puan rasa, nak buat blood test ke?" soal Doktor, mungkin mahukan kepastian saya. Saya tersenyum "Saya layman, Doktor. Pada saya, Doktor lebih arif. Tapi, jika Doktor tanya saya sebagai seorang ibu, ya saya mahu anak saya buat blood test. Sekurang-kurangnya tenang hati saya" sebenarnya itu lah harapan saya pun datang ke Klinik Kesihatan itu. Thorough test. 

TIGA KALI
Ya. Tiga hari berturut-turut, saya membawa Izz ke Klinik Kesihatan untuk ujian darah. Hal ini setelah pada ujian darah kedua, Izz dikenal pasti mendapat "mild dengue". Saya bisa menerima apapun ujian ke atas Izz asalkan dia kembali sihat. 
Alhamdulilah, hanya pada ujian kali ke tiga Izz disahkan bebas daripada denggi. Allahu akbar. Gembiranya hati saya dan suami. 

PENGAJARAN
Sebagai mama, saya perlu usahakan yang lebih baik untuk kesihatan ahli keluarga. Mungkin ubat nyamuk elektrik belum berkesan. Nampaknya, perlu gotong royong satu rumah lah. 
Untuk ibu-ibu di luar sana, mesti pernah pengalaman menjadi nurse kan? :) 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda!