Saturday 11 October 2014

SAYA YANG BELUM ADA ANAK PEREMPUAN :)

Benar, kami belum ada anak perempuan. 

Anugerah Allah kepada kami adalah tiga orang putera yang sangat menghibur dan membahagiakan. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. 

Namun, entry saya tiada udang di sebalik mee. Hanya perkongsian jujur tentang pengalaman membesar dan mendidik putera-putera kami ini. In syaAllah, mohon direzkikan Allah menambah pengalaman membesar dan mendidik si puteri pula. Ameen. 

SEMBANG PETANG 
"Mama nak tahu tips didik anak lelaki?" suami saya bertanya saya. Mungkin kerana petang itu, saya dilihatnya agak stress dan marah-marah pada hero-hero kami. Lazimnya, sebab mereka bergaduh sesama mereka. Astaghfirullah. Mudah benar saya marah-marah terutama bila keletihan. Saya mengangguk. 

"Anak lelaki ni kena banyak explain on how, what and most importantly why. Mereka appreciate reason. Sebaiknya jangan bagi spesifik perkara A dan perkara B tak boleh. Tetapi beritahu yang A tak boleh sebab begini dan begini. Dan B tak boleh sebab begini dan begini" suami saya bersuara lembut. 

"Mereka sebaiknya dididik dengan kaedah "upper limit dan lower limit". Contohnya perkara C sehingga H boleh dibuat, tapi perkara sebelum C dan selepas H sama sekali tidak boleh dibuat. Contohnya, bila suruh mereka mandi, elakkan arahan supaya pergi mandi sekarang. Tapi, ajar mereka supaya mesti bersiap untuk ke surau untuk solat Maghrib selewat-lewatnya jam 6.45 petang. Jadi mereka faham tentang boundary, and never go against it" suami saya berbicara terus. 

"Anak lelaki ni enjoy physical activities more than girls do. So, play with them" beliau tersenyum. "Patutlah abang suka wrestling dengan diorang" saya mencelah. Tersenyum juga. 

"Boys ni suka diberi tanggungjawab. Itu nature mereka. Delegate them with responsibilities. Sekalipun kecil saja. Then, appreciate their job once done. Itu sangat penting. Contoh macam kat bilik diorang, bagi tanggungjawab untuk siapa kemaskan apa dan semak serta puji mereka. Anak lelaki rasa macho dengan tanggungjawab dan lunasnya tangungjawab tersebut dengan jaya. Itu akan build sense of responsibility dan kepercayaan pada diri yang tinggi tau" suami saya menekankan. "Macam lain sikit dengan jiwa girls ya" saya sekali lagi mencelah. 

"Tapi, betul ke boys suka dilayan contoh makan minum berhidang etc?" saya mohon kepastian. "Mama rasa?" soalan dibalas soalan. "Ye kot" saya menjawab berdasarkan pengalaman. "Betul lah tu, cuma let them participate dalam kerja-kerja dapur. Macam abang cakap tadi, bagi mereka tanggunjawab supaya Along masak nasi, Angah siapkan meja makan dan Irfan ambil sudu. Once lepas makan, pastikan sama-sama kemas meja makan. Maksudnya, jangan lah sampai mereka ambil nasi dan lauk sendiri dan makan sendiri-sendiri. Makanlah berhidang. Tapi buat sama-sama" panjang lebar suami saya kongsikan nasihatnya. "Patutlah abang suka kedai mamak eh. Kat situ layanan bagus ye?" saya meneka. Kami tergelak

BUKAN MUDAH 
Realitinya, bukan mudah melakukan semua yang disarankan suami saya sebaik-baiknya. Saya seorang mama yang banyak kelemahan. 

Sesungguhnya, saya banyak belajar daripada anak-anak saya juga. 

"Mama, tak baik marah Angah pagi tadi masa Angah lambat pakai kasut. Mama mesti dah ikut cakap syaitan kan?" pernah Izz menegur saya sebelum dia masuk tidur. "Mama minta maaf sayang, pada Along, Angah dan Irfan. Nanti, mama cuba tak ikut cakap syaitan lagi ye" sayunya hati saya. 

Allahu :)  




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda!