Wednesday, 24 December 2014

BAGAIMANA KECINTAAN MENJADI BERBALOI?


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Semoga Cik Puan semua sentiasa gembira dan bahagia di samping keluarga tercinta. Bersama-samalah kita mendoakan keselamatan saudara kita yang kini diuji dengan banjir terutamanya di Pantai Timur. Rumah ayahanda dan bonda saya di Temerloh, setakat tengahari ini masih selamat. Sepanjang kehidupan saya di rumah lama dan baru, rumah kami tidak pernah ampuh lagi dek banir, Alhamdulillah. Pun begitu, terdapat jalan-jalan utama yang dinaiki air dan ini sedikit sebanyak membantutkan mobiliti penduduk setempat. 

"Ya Allah, kasihanilah kami, ampunilah kami dan peliharalah kami. Serta, kurniakanlah kami kesabaran dan ganjaran atas kesabaran kami. Allahumma ameen" 

Hari ini adalah cuti umum. Saya ada taklifan yang pelu dilunaskan. Perlu diserahkan esok untuk semakan. Namun, hati saya mahu menulis sesuatu agar dapat menjadi peringatan buat diri saya sendiri pada masa akan datang. 

SIKAP
Saya akui saya bukanlah seorang yang benar-benar menjaga masa. Antara masalah besar diri saya adalah saya seorang yang suka procastinate atau bertangguh. Sedangkan cerdik pandai mengatakan "bertangguh itu pencuri masa". Tepat sekali. Dan seperkara lagi tentang saya ialah saya tidak bersungguh mengutamakan apa yang utama. Dalam bahasa yang mudah, saya tidak mengamalkan pengurusan masa yang bijak. 

Tuesday, 16 December 2014

SELAMAT ULANGTAHUN KE 3 ANAKANDA KAMI, AKIM


 

Anakanda kami ini selamat dilahirkan pada pagi tanggal 16 Disember 2011 di Azzahra, Bangi. Untuk kali ke tiga saya melalui proses kelahiran secara normal, melahirkan anakanda Irfaan adalah agak mudah walaupun saya mengalami komplikasi lekat uri. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya perasaan saya saat mendakap bayi kecil yang comel, sempurna dan sihat ini yang kemudiannya dinamai Irfaan Fateh El Hakeem bin Ismanizam.

Thursday, 11 December 2014

PERKONGSIAN KELAS ASAS BLOG CIKGU ZAILA MOHAMAD

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

CEPATNYA MASA BERLALU 
Sedar tak sedar sudah lebih setahun saya mendaftarkan diri dalam kelas ini. Saya mulai mendaftar dengan kelas Puan Zaila pada November 2013. Saya masih ingat lagi yang pada waktu itu, saya berazam untuk maju setapak lagi dalam perniagaan saya pada tahun hadapannya (2014). Maka, antara pendekatan yang saya ambil ialah untuk aktif mempromosikannya menerusi blog. Saya pada waktu itu telahpun berniaga busana Muslimah secara dropship. Dengan modal yang terhad pada waktu itu, saya memikirkan pelan untuk merancakkan lagi perniagaan saya. Hari demi hari, bermula dengan langkah kecil, akhirnya saya berjaya mendaftarkan perniagaan saya dengan nama SAEEDA COLLECTIONS pada November 2014. Masih mengusahakannya secara atas talian 100%, namun kini dari selain dropship, saya juga mulai mampu membeli secara pukal berdasarkan permintaan dan menambah rakan niaga dan pembekal. Alhamdulillah. 

Sunday, 7 December 2014

TENTANG RASA SEORANG IBU

FAMILY DAY FPM NOV 2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
Selamat memulakan minggu ke dua dalam bulan terakhir 2014. Bulan ini bulan yang signifikan sebagai batu asas momentum pencapaian saya untuk tahun hadapan. Tahun baru 2015 bukan untuk saya memulakan segala azam dari zero, namun cuma melonjakkan momentumnya dengan langkah yang lebih jitu. 
Sebagai seorang ibu yang masih belajar, saya titipkan entry ini sebagai panduan saya untuk hari-hari yang mendatang. Supaya saya tidak mengulangi kesilapan saya yang saya tidak mampu memaafkannya. 

Wednesday, 3 December 2014

PANDUAN PEMILIHAN BUSANA: TENTANG MATERIAL?

Blouse ini jenama Wafiyya, material yang digunakan adalah cotton blend
Assalamualaikum Cik Puan semua. Apa khabar? Didoakan semoga kita semua sihat dan dalam pemeliharaan Allah. 

DULU-DULU 
Dulu-dulu, saya seorang penggemar baju kurung dan kemudiannya jubah. Sewaktu saya belajar, almari pakaian saya adalah jubah, jubah dan jubah, maksud saya pemakaian sewaktu keluar dari rumah. 

Tuesday, 2 December 2014

MASA DAN SAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Lama rasanya saya tidak menulis di sini. Banyak yang berlaku, cuma tiada kesempatan. Bukan kerana kesibukan yang melampau, namun dek kerana pembaziran masa bukan pada tempatnya. Untuk itu, saya titipkan entry ini, pesanan buat diri sendiri agar masa sepatutnya dimanfaatkan sebaik-baiknya. 

Wednesday, 22 October 2014

SEMPENA MA'AL HIJRAHMU

APA YANG SERING TERJADI?



Mungkin kita pernah mengalami situasi seperti ini (SITUASI A). 



"Aku tahu yang pahala bangun malam untuk tahajjud tu besar, Banyak kali dah Ustaz yang ceramah di masjid tu beritahu dalam kuliah, tapi susah betul aku nak gagahkan diri nak buat" luah Azam pada teman sebiliknya. 

Saturday, 18 October 2014

BEING A NURSE

WE LOVE YOU IZZ
Assalamualaikum 

BELAJAR
Dalam soal kesihatan anak-anak, saya akui saya bukan orang yang terbaik. Namun, saya mulai belajar mengenainya melalui pengalaman dan permerhatian sepanjang bergelar seorang ibu.

Saya belajar untuk mempercayai instinct seorang ibu. 

Saturday, 11 October 2014

SAYA YANG BELUM ADA ANAK PEREMPUAN :)

Benar, kami belum ada anak perempuan. 

Anugerah Allah kepada kami adalah tiga orang putera yang sangat menghibur dan membahagiakan. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. 

Namun, entry saya tiada udang di sebalik mee. Hanya perkongsian jujur tentang pengalaman membesar dan mendidik putera-putera kami ini. In syaAllah, mohon direzkikan Allah menambah pengalaman membesar dan mendidik si puteri pula. Ameen. 

SEMBANG PETANG 
"Mama nak tahu tips didik anak lelaki?" suami saya bertanya saya. Mungkin kerana petang itu, saya dilihatnya agak stress dan marah-marah pada hero-hero kami. Lazimnya, sebab mereka bergaduh sesama mereka. Astaghfirullah. Mudah benar saya marah-marah terutama bila keletihan. Saya mengangguk. 

Friday, 10 October 2014

SUMMARY ON THE THEORY APPRAISAL IN ISLAMIC ECONOMICS: PURPOSES AND CRITERIA

Bismillahirrahmaanirrahim, 

This article was jointly written by Hafas Furqani from ISRA and Mohamed Aslam Haneef from IIUM. It was published in Humanomics (2012). 

This article analyses the need to rethink on the criteria one should be looking into when developing a theory in Islamic economics. The authors suggest the main two criteria i.e. the integral-unity and relational unity are required criteria to test for the soundness of a theory. 


Thursday, 9 October 2014

SUMMARY ON GAPS IN THE THEORY AND PRACTICE OF ISLAMIC ECONOMICS

Bismillahirrahmaanirrahim, 

This article was written by Mabid Ali Al-Jarhi (Director of IRTI, IDB). He is from Fayyoum, Egypt. His article was published in JKAU (2013). 

Like many other articles on Islamic Economics that easily-catch-my-eyes, it applies to this article too. It took me twice to read and comprehend it well. In general, this article is technically a good start especially for those who are looking for some quick ideas on what is happening right now in Islamic Economics. 


Wednesday, 8 October 2014

BIJAK MEMILIH TUDUNG: APA DUA PERKARA ASAS YANG ANDA PERLU TAHU?

KELAZIMAN
Seringkali saatnya kita merancang mahu membeli busana, kita mahukan yang ‘pakej’ – cantik, berkualiti, up to date, murah, sopan dan santun. Tahniah! Itu tandanya Cik Puan adalah pengguna yang berhemat dan cermat. Dek kerana ini, tidak sedikit antara kita sama ada sanggup travel jauh, atau beratur panjang atau blog walking berhari-hari hanya semata-mata mahu mendapatkan busana yang dihajati. Cuma, ada baiknya Cik Puan tahu beberapa perkara asas tentang busana yang mungkin bermanfaat untuk Cik Puan.
 
PANDUAN UMUM 1: JENIS MATERIAL 
Contoh: Material lycra shawl Mahligai Scarf
Saya menyudutkan entry saya ini kepada tudung kerana tudung biasanya menjadi item yang paling kerap kita beli berbanding busana yang lainnya. Dan, saya menspesifikkannya lagi kepada jenis-jenis tudung yang kebanyakannya saya jual di butik online saya www.hijabi2u.blogspot.com 

LYCRA – semasa awal keluaran tudung awning atau instant, material ini menjadi pilihan kebanyakan pengeluar (manufacturer). Kelebihan material ini mudah dijaga kerana tidak perlu digosok, boleh dicuci dengan mesin basuh, lembut dan sejuk. Pun begitu, material jenis ini yang terdiri daripada gred yang berbeza, kadangkala menimbulkan masalah kerana gred yang rendah (low grade) menyebabkan akhirnya ia “berbentuk” di badan pengguna. Ini sudah tentu menimbulkan sedikit rasa “tidak best” kan? 

Tuesday, 7 October 2014

ADA APA DENGAN HARI INI?

HABIT 

Biasanya, saya suka blogwalking ke sini membinalegasi.com. Selang dua atau tiga hari, saya memotivasi diri dari entry yang ditulis. Salah satunya tentang long term success, short term acheivement

Monday, 6 October 2014

SAMBUTAN HARI LAHIR JAMAEI

 
TARIKH

Dalam ketiga-tiga anak saya, Fekhri dianggap paling bertuah berhubung sambutan hari lahir. Ulangtahun kelahirannya sehari selepas ulangtahun perkahwinan kami dan dekat pula dengan ulangtahun kelahiran Aleeya dan Ateh. Jadi, setiap tahun tidak pernah lagi terlepas menyambutnya. Apapun, bertuah Payie, anak kami yang sensitif dan lembut pekerti ini. 

Manakala, Izz dan Irfan pula, sambutan ulangtahun kelahiran mereka ada masanya terlupa untuk disambut secara jamaei. Namun, sambutan di peringkat keluarga kami, alhamdulillah tidak pernah kami lupakan sekalipun cuma wish mereka di hari yang istimewa itu.

Sebagai cahaya mata sulung kami yang banyak berinteraksi tentang kejadian, tarikh dan peristiwa, makanya kami susah terlupa tentang tarikh kelahirannya. Dia sudah banyak ingin tahu tentang peristiwa seperti hari raya, waktu solat, tarikh sambutan hari-hari penting di sekolahnya dan sebagainya. 

Irfan pula istimewa di hati saya sebab dia menempuh banyak ujian bersama saya, jadi banyak tarikh penting dalam kehidupannya kekal dalam memori saya. Sepanjang hampir tiga tahun kehidupan Irfan bersama kami, banyak tarikh yang 'mencemaskan' dirakamkan. Betapa hebat anakanda kami ini! 

SURPRISE

Makanya, kelmarin 5 Oktober 2014, tanpa pengetahuan kami, adik-beradik hubby telahpun merancang sambutan ulangtahun kelahiran Fekhri, Aleeya, Ateh dan Ain. 

Fekhri menerima hadiah daripada Ummi dan Ibu, thanks. Dan kek coklat yang sedap tajaan Atok, Acu dan Alang. 

Semoga anakanda kami ini bakal menjadi pemuda Islam yang akan membanggakan deen ul Islam suatu hari nanti. 

We LOVE you. Dan terima kasih dari kami untuk semua yang menjayakan sambutan ini. Allahu yubaarik. 

Sunday, 5 October 2014

ADA APA PADA BUSANA?

PADA MENGUAP ITU 

Diceritakan seorang pemuda telah bertanya kepada gurunya tentang hukum menguap. Pertanyaan pemuda itu mengundang ejekan sinis sang rakan-rakan seperguruan. Namun, hikmah si guru lebih besar dari sikap kebudak-budakkan anak-anak muridnya. 

“Anak-anak didikku, adapun hukum menguap itu ada lima. Ia menjadi harus jika fitrah tubuh menghendaki begitu, barangkali tubuh yang letih memberitahu tuannya agar berhenti sejenak untuk berehat. Boleh jadi saja hukum menguap itu sunat, sekiranya saatnya orang yang menguap itu menutup mulutnya dan mengucapkan lafaz ta’awuz. Atau bisa sahaja hukumnya menjadi makruh jika saat dia menguap dengan tanpa menutup mulutnya. Atau, hukumnya boleh menjadi wajib iaitu jika dia menahan dirinya daripada menguap, maka tindakannya itu akan memudaratkan tubuh badannya. Atau, hukumnya bisa sahaja menjadi haram dan berdosa sekiranya dia menguap sewaktu di dalam majlis ilmu dengan gaya bahasa badan yang mengisyaratkan kepada mu’allim yang mengajar betapa bosannya sesi pembelajaran itu dengan sengaja. Atau dalam erti kata yang lain, dia melakukannya (menguap) dengan tujuan mahu menyakitkan hati si mu’allim. Nah, menguap itu sahaja bisa menjadi harus, sunat, makruh atau haram” tenang si guru memberikan jawapannya. 

Kesemua anak muridnya terdiam. Lantas pemuda yang bertanya tadi segera memberikan buah fikirannya. “Adakah dengan ini bermakna setiap tindakan kita biar sekecil mana sekalipun tidak terlepas daripada hukum yang lima ini? Iaitu harus, sunat, makruh, wajib atau haram?” 

Senyuman dan anggukan si guru mengiyakan kata-kata pemuda yang bertanya. 

PADA MENUTUP AURAT ITU 

Menutup aurat hukumnya wajib. Tuntutannya adalah supaya setiap muslimah menutup aurat mereka dengan sempurna. Agar martabat muslimah sebagai sesuatu yang sangat berharga dapat diletakkan ke makam yang sewajarnya. 

Syabas buat muslimah yang telah, sedang dan akan berusaha menutup aurat dengan sempurna. Allah sedang memandang kita semua dengan kasih sayangNya kerana itu diletakkan dalam hati kita kemahuan dan jalan untuk terus berusaha menutup aurat dengan sempurna. 

Sebagaimana pesan si guru tentang peri perbuatan kita yang tidak terlepas daripada salah satu hukum yang lima di sisi Allah, begitu juga dengan tindakan kita dalam berbusana. Semoga usaha kita dalam berbusana adalah satu ibadah yang membuahkan pahala. Dan, bukan sebaliknya, iaitu kita berbusana namun mengundang murka dariNya! 

Sukacita saya menjemput Cik Puan ke blog busana saya di www.hijabi2u.blogspot.com

Salam sayang! 

Wednesday, 1 October 2014

PERIHAL ASHAAB UL UKHDUD

"Baba, bolehkah jiwa pemuda-pemudi dibangunkan dengan rentak lagu macam ni?" saya membangkitkan soalan ketika mana kami sama-sama menonton video klip "satu suara" yang mempamerkan gelagat muda-mudi yang menyanyi sambil menari-nari dan terlompat-lompat. 


Sunday, 28 September 2014

PAGI RAMADHAN ITU

Apa kata kita join kem on sistemik thinking Ramadhan ni?" sahabat baik saya, Along memberikan ideanya.

"Menarik tu. Seronok berprogram di bulan Ramadhan" saya membalas dan memberikan persetujuan.
Bagi saya, jika mak dan aki mengizinkan, maka saya akan menyertai beberapa orang sahabat dari IIUM ke Johor untuk sama-sama mengikuti kem ini. Sementelah pengajianundergrad saya sudah di penghujungnya, terasa program pengisian sebegini adalah sesuatu yang sangat sukar saya lepaskan.
Kami meghabiskan hampir seminggu di Kersani Training Center, alhamdulillah... pengisian harian di sebelah siang yang sungguh bermanfaat dan pengisian rohani di sebelah malam yang begitu menginsafkan.
Saya tidak berhasrat untuk memperincikan sistemik thinking di sini, namun saya sekadar berkongsi sebuah permainan fikir-zikir (jika boleh saya namakan begitu) dalam entry saya kali ini.

I
"Baiklah... apa yang ana nak antum buat sekarang ialah antum kena gerakkan bola ini dengan laju di sepanjang garisan yang telah ana tandakan ini. Tetapi ingat, titik tengah bola ini mestilah sentiasa selari dengan garis lurus ini" instructor kami, Fazrul memberikan arahannya pagi itu setelah kami menyelesaikan tugasan kami membaca Al Quran sebagaimana pagi sebelumnya.
Wakil setiap kumpulan melakukan sebagaimana yang diminta, nampak mudah tetapi tidak begitu pada hakikatnya. Kami teruja untuk tahu 'hikmah' di sebalik sesi ini.

II
Sebagaimana yang kita maklum, bola adalah berbentuk sfera. Sfera adalah antara bentuk-bentuk yang kita pelajari dalam Matematik selain dari segiempat, segitiga, trapezium, dan bulatan. Perbezaan antara sfera dan bulatan ialah sfera wujud dalam 3 dimensi sedang bulatan adalah dalam dua dimensi. Sfera juga mempunyai titik tengah yang mempastikannya di dalam keseimbangan. Jika kita mengambil contoh sebiji bola yang elok (diisi angin) maka di tengah-tengah bola itu adalah titik tengahnya. Jika kita menggerakkan bola dengan cepat dan dalam masa yang sama kita mahukan titik tengahnya selari dengan satu garis lurus. Maka ia sebenarnya adalah sesuatu yang cukup sukar. Ini kerana titik tengah bola itu tidak sentiasa berada selari dengan garis lurus itu.

III
Perkaitan sfera, titik tengah dan sebuah garis lurus ini boleh dikaitkan dengan kehidupan kita semua.
Titik tengah itu boleh diibaratkan sebagai asas Tawhid iaitu keyakinan, kepatuhan dan hubungan kita dengan Allah yang mesti kita pelihara agar kita sentiasa berada di dalam haq dan keseimbangan. Seruan mentauhidkan Allah merupakan perkara yang paling esensi dalam kehidupan kita sebagai Muslim dan ia perkara yang disampaikan setiap Nabi dan Rasul.

Garis Lurus itu pula dianalogikan sebagai Islam as our way of life, yang digambarkan dalam sabda Baginda SAW, bahawa mereka yang menuruti jalan yang lurus sahaja yang akan selamat. Sedang jalan-jalan lain yang bercabang dari siraat al mustaqiim itu menghalatujukan kesesatan dan kemurkaan Allah.

Menggerakkan bola secara laju di atas garis yang lurus dan dalam masa yang sama mahukan titik tengahnya berada selari dengan garis lurus itu adalah diibaratkan kehidupan ini yang sentiasa perlu dipastikan di selarikan dengan Islam sebagai cara hidup, perjalanan hidup ini tidak boleh dikuarantinkan dari realiti hidup bermasyarakat - hubungan sesama manusia. Dalam masa yang sama pelbagai pengaruh yang ada disekeliling kita dalam bersosial tadi merupakan cabaran untuk kita terus berada in a correct path.

IV
Saya terfikir adakah benar mereka yang berpendapat mereka itu berada selari dengan garis lurus sedang mereka tidak mahu melibatkan diri dalam memperbaki masyarakat dan memperkukuh institusi khaira ummah - amar ma’ruuf nahi munkar? Bagi saya, ia seolah-olah perbuatan mengredkan pelajar dengan gred A - tanpa mempastikan mereka menduduki imtihaan.
Penulis terfikir lagi bagi membantu memperbaiki masyarakat kita perlu mempastikan hubungan kita dengan Allah dipertingkatkan - dengannya kita mampu menjadikan matlamat untuk menyampaikan dan meninggikan syiar Islam itu terlaksana, in syaAllah.

Perkaitan di antara ketiga-tiga ini merupakan sesuatu yang tidak mudah namun bukan pula mustahil. Kesilapan yang mungkin kita lakukan ialah dengan tidak menyeimbangkan di antara ketiga-tiganya.
Mudah-mudahan ada manfaatnya.


Thursday, 25 September 2014

AZAM SANG SURI

PERKONGSIAN 
"Baba, how's your day?" saya menyoal sambil tersenyum. "I made my day, mama" suami saya menjawab dengan begitu positif. Itulah jawapan yang suami saya sering hadiahkan kepada saya. Dan jawapan itulah yang biasanya mematikan andai ada 'mood tidak baik' yang mungkin saya bawa pulang dari tempat kerja. Ya. Jadikan hari-hari yang mendatang sebagai hari yang ceria. Kami melanjutkan bicara tentang hari masing-masing.

Meskipun suami saya tidak pernah berkongsi maklumat privasi klien yang diamanahkan kepadanya sebagai peguam, namun kami berbicara dari aspek ibrahnya terutama yang berkaitan harta pusaka dan institusi rumahtangga. Kata orang, mana yang baik dijadikan teladan, mana yang sebaliknya maka jadikanlah sempadan. Petang itu suami saya berkongsi tentang peranan HAKIKI seorang isteri. Dek kerana besar manfaatnya buat diri saya yang masih bertatih dalam mempelajari ilmu rumahtangga ini, maka saya kongsikan ia dengan anda yang mungkin merupakan seorang gadis yang bakal berumahtangga atau isteri yang juga ibu kepada anak-anak yang sedang membesar mahupun suami yang mahu menitipkan 'hadiah kata-kata' buat isteri yang tercinta.

FORMULA 
Ramai orang yang mahukan formula menjadi isteri yang baik dan berjaya.
Namun, ramai juga yang sudah tahu namun tidak mahu atau tidak mampu merealisasikannya.
Kenapa? Hanya diri kita sendiri yang tahu jawapannya.
Untuk itu, fokuslah pada matlamat, berpeganglah pada prinsip, sesuaikanlah pada keadaan serta berpijaklah pada realiti.

Kerana formula menjadi isteri yang baik dan berjaya dalam rumahtangga ialah - ISTIQAMAH dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab sebagai ISTERI kepada suami anda sekalipun anda telahpun menjadi ibu kepada anak-anak yang semakin ramai atau wanita bekerjaya yang semakin menempa nama.

Mudah bunyinya bukan?
Tapi realitinya tetap mencabar.

HAKIKI vs MENDATANG
Hari-hari yang dilalui sebagai isteri tentulah tidak sama.

Mulai dari hari diijab kabulkan seterusnya berbulan madu lalu memulakan kehidupan sendiri yang baru serba-serbi. Sehinggalah akhirnya diangkat martabat sebagai 'guru pertama' buat generasi pelapis yang dikurniakan.

Jika pada awal perkahwinan hanya suami yang diberi perhatian dalam rumahtangga, kini perhatian juga perlu untuk si anak. Jika dulu mungkin kurang bebanan kerjayanya, namun kini komitmen kewangan yang bertambah menuntut suami dan isteri sama-sama melipatgandakan usaha sama ada dalam atau di luar office hour. Sehingga akhirnya suami isteri kabur dan lebur oleh kalimah keramat yang bernama S.I.B.U.K.

Apa yang lebih mencabar, ada tugas mendatang untuk si isteri yang turut hadir bersama keSIBUKan itu.
Tugas itu mungkin mengubah sikap seorang ISTERI kepada pengarah rumahtangga.
Tugas itu mungkin mengubah sikap seorang ISTERI kepada pengurus rumahtangga.
Tugas itu mungkin mengubah sikap seorang ISTERI kepada chef rumahtangga.
Tugas itu mungkin mengubah sikap seorang ISTERI kepada setiausaha rumahtangga.
Tugas itu mungkin mengubah sikap seorang ISTERI kepada pengasuh rumahtangga.

Sehinggalah akhirnya tugas-tugas mendatang itu mengHIJAB tugas HAKIKI seorang ISTERI.
Sesungguhnya bukan kecil bencana dari kealpaan ini.
Dan tidak sedikit rumahtangga yang kecundang kerananya.

Pokoknya, raikanlah tugas yang mendatang namun dalam masa yang sama jangan sesekali mengabaikan tugas HAKIKI seorang isteri.

Kerana seorang isteri tetaplah isteri sekalipun dia adalah juga seorang ibu, pemimpin masyarakat, pekerja, pelajar atau sesiapa sahaja.

IKUTAN
Ibrah sejarah menukilkan cemerlangnya peranan seorang ISTERI bernama Khadijah Bint Khuwailid. Beliau adalah OBOR buat Rasulullah SAW, beliau adalah ibu dan guru buat anak-anaknya, beliau pernah menjadi usahawanita yang berjaya. Namun, dia tetap seorang ISTERI yang menyelimutkan dan menenangkan suaminya yang gementar tatkala didatangi Jibril a.s sewaktu menerima wahyu pertama. Beliau tetap seorang ISTERI yang mendengar setiap kata-kata Nabi SAW dan membenarkannya. Beliau tetap seorang ISTERI yang memberikan sokongan dan kepercayaan yang tidak berbelah-bahagi terhadap suaminya.

Mudah-mudahan rumahtangga itu bakal menjadi syurga duniawi kita!

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-9 SAYANG. MANY MORE YEARS TO TREASURE, IN SYA ALLAH :)

Saturday, 7 June 2014

LOOKING FOR NEW SERIES

Assalamualaikum

Alhamdulillah, someone in the house deserves to claim his present because he managed to finish this book.



Frankly, I am not that good in teaching my son on how to read and write. I am strict, impatient and lack of early educational skill. Before I bought this book for him, I attempted few other books on reading but thing was not turn out as I expected. 

Anyway, this book is just sooo brilliant. It need not 8 different piece of book. Just one book of 210 pages. It comes with one audio CD which I used to play in our car. All what we need to do next is to buy him its sequel the "Fara and Faris Siri Mula Membaca". 

As a mom who is in trial-and-error process, this is something like a "big milestone" for me. Facepalm 

As for me, I firmly believe that to let our children mastering reading skill is obviously a very important step in learning process. What follows next is to enhance his reading and communication skills in English of course. 

And he is doing so well in reading Iqra too. Allah... please help us to grow our children in a way that they will love You above all. 

Ameen. 

Mama and Baba love you El Hakeem Bros! 

THINGS TO PONDER

Alhamdulillah Thanks to Allah for this note which I found while I goggled "current islamic economics issues". It is written by Dr Asad Zaman, IIU Islamabad. 

Reading the note giving me some smart ideas on why and what should I do as a Muslim economist. 

1. Are Islamic Financial Institutions a success story for IE? 
Unlikely a yes because to the extent that IFI represent the reshaping of Islamic Laws in accordance with the demand of modernity, these represent the failure rather than the success of IE.

2. TWO types of biggest failures of IE 
As we likely to agree that IE concern for justice, equity and multidimensional conception of human development (which is not confined to money and wealth) and this represents a paradigm shift and a radical alternative to neoclassical views.  Unfortunately, the existing literature in IE does not reflect this radical perspective. Numerous literature introduce Islamic concepts entirely within a neoclassical framework, or else make minor adjustments to it, and therefore cannot form a basis for a paradigm shift. At the same time, some literature discuses the radical concepts discussed by Islam in a general, philosophical way, without offering any means of operationalizing concepts. 

3. Lets ponder that: 
Even though that we agreed that Islam highlight helping the poor and needy as something urged, yet we still marginally participated in the huge literature which has since developed. Even central issues like the effects of zakat on the poverty have been addressed in a general theoretical and argumentative way with little attention to empirical effects and operational method of utilization of zakat funds for poverty alleviation. 

4. Another area which yet lacked of empirical studies are (among others): 
The Islamic teaching of spending in the path of Allah. Muslims have not made any systematic study of charity behavior of Muslims, nor have they made any comparative studies of Muslim and non Muslim societies with regard to charity contribution 

On the same ground, the studies on concept of Homo Islamicus unlikely to have experimental economists demonstrated in real life situation i.e. to prove human beings will accept personal loss for achieving broader goals of justice, equity etc 

At the same time, the teaching that Islam has been substantially more concerned on spiritual and moral development of human beings and not so much with material development. Unfortunately, these ideals were duly espoused in the literature, no operational or empirical aspects were developed. Notice that other researchers developed the Human Dev Index etc to bring their components of development. 

One should also aware that Muslims economists are still nowhere when it comes to theory. We still have no consensus as to what field is what guiding principles are, what methodology should and what IE are trying to achieve. There are huge responsibilities to study the rise and fall of Muslim economies in the past, the lag between the Islamic norms and the actual behavior of economic agents, and the causes of the problems faced by Muslim countries. From both theoretical and operational approach, IE has been unable to suggest a balanced package of policy proposals on what and how things should be done.  

One of the most important thing is that IE cannot be developed by representing the critique of neoclassical views and offering suitable modifications. Rather, our analysis must be rooted in an analysis of our own experience, and developed in the course of struggling to solve our economic problems. In this process, we may of course fruitfully borrow relevant tools and tactics from the West, but we cannot found our analysis on Western premises. 

5. What are supposed to be our FOCUS?

We obviously should work on how to solve real economics problems by putting extremely good ideas on operationalizing strategies . Still remember the Prophet SAAS method? Exemplary method in da'wah. IE is the same, guys!

We have to be at our best, try to define "problems" and set our own agenda. For example privatization, gender equality and democratization are not sensible problems to us as Muslims. Yet, we have to consider for example  "role of government" which Islam introduces the concept of al hisbah. Studies should be done to particularly cater the governance issues and put forward the applicable solutions.

It is now the time to picture IE not only in theoretical framework but to materialize it into a practical system that the whole society could benefit from.


It is a FULL STOP from being in UTOPIA! 

Sunday, 27 April 2014

BELANJA BERHEMAH, BELANJA BERHIKMAH

Assalamualaikum para pembaca semua, 

Semoga sentiasa di dalam peliharaan Allah hendaknya. 

Persoalan kewangan rumahtangga adalah antara perkara terpenting yang perlu diuruskan oleh isteri dan ibu. Pengurusan yang baik mampu menjadi sumber inspirasi rumahtangga yang harmoni dan bahagia. 

Antara perkara asas yang ramai mengetahui adalah sifir berikut:

I – S = E adalah belanja berhemah. Di mana (I) Income atau pendapatan ditolak (S) saving atau pendapatan sama dengan (E) expenditure atau perbelanjaan.

Dalam pemahaman yang mudah, belanjakan daripada pendapatan kita yang telah kita tolak dengan simpanan terlebih dahulu. Simpan dulu baru belanja, dan bukannya belanja dulu baru menyimpan! Alhamdulillah, saya percaya ramai yang tahu.

Namun, adakah simpanan sahaja yang memainkan peranan dalam perancangan kewangan seorang Muslim?

Dalam sebuah tulisan oleh Sayyid Abul A’la Mawdudi yang bertajuk The First Principles of Islamic Economics, beliau mengungkapkan sembilan ayat Al Quran yang berkaitan hal membelanjakan wang di dalam sub tajuk correct ways of spending money.

Daripada kesembilan ayat ini, dapatlah saya ringkaskan dua perkara asas yang sewajarnya menjadi kayu ukur atau panduan buat kita membelanjakan wang.

1. Wang adalah untuk tujuan amal kebajikan

Sungguhpun pemahaman umum amal kebajikan selalu dikaitkan sedekah, waqaf, infaq, zakat dan hadiah, namun ia perlu dilihat secara lebih jelas dan mendalam.

Pertamanya, Allah menegaskan harta yang Allah rezekikan kepada kita bukan seratus peratus milik kita. Akan tetapi ada haq ma’lum (hak yang diketahui) yang mana sebahagiannya adalah untuk orang yang meminta (orang miskin) Al Maarij: 24-25. Maknanya, jika pendapatan kita RM5000 contohnya, ada peratusan tertentu merupakan haq orang lain yang memerlukan. Jangan ambil hak mereka, ambil sahaja selepas menyempurnakan hak mereka.

Bagaimana kita boleh lagi menafikan tuntutan beramal kebajikan sedangkan Allah kata dalam pendapatan kita ada haq orang yang memerlukan. Jika namanya pun haq, maka tunaikanlah!

Keduanya, bila beramal kebajikan, beramallah yang terbaik dari bahagian yang Allah rezekikan kepada kita Ali Imraan: 92. Dalam ayat ini Allah tegaskan jika kita menginginkan pahala bagi amal kebajikan yang kita lakukan, maka peruntukkanlah yang terbaik. Maknanya, jika musim durian, jika mahu sedekahkan durian kepada jiran tentangga, pilihlah yang molek-molek. Jika mahu menyedekahkan pakaian terpakai, jangan pula memperuntukkan yang telah rabak. Pokoknya, beramallah dari bahagian yang terbaik yang kita ada.

Ketiganya, saatnya kita beramal kebajikan, jangan semata memfokuskan kepada yang meminta-minta. Kerana Allah menegaskan dalam Al Baqarah: 273 bahawa terdapat orang yang kesusahan dan memerlukan namun memilih untuk tidak meminta-minta daripada masyarakat disebabkan mereka memelihara kehormatan diri mereka. Allah beritahu kita supaya kita bantu mereka dan Allah akan mengganjari kita dengan kebaikan. Maknanya, kita kena prihatin dengan saudara se Islam kita dan masyarakat keseluruhannya. Ambil tahu dan ambil peduli.

Saya terkesan dengan sikap sebahagian saudara se-Islam kita di bumi bergolak Palestin di mana mereka saatnya ditemu-ramah membuktikan bahawa mereka mempunyai harga diri yang tinggi, tidak meminta-minta dengan cara yang tidak sepatutnya sekalipun betapa sukarnya kehidupan mereka. Hakikatnya, mereka sangat wajar dibantu dengan apa cara sekalipun. Inilah contoh golongan yang Allah maksudkan dalam ayat ini.

Keempatnya, antara golongan yang Allah perincikan sebagai sangat digalakkan untuk kita membantu mereka adalah anak yatim, orang miskin dan hamba sahaya Ad Dahr: 8-9. Maknanya, bersama-samalah kita membantu golongan yang Allah sebutkan ini.

Suka juga saya kongsikan di sini kata-kata seorang syeikh yang mengajar saya semasa di UIAM dulu, jika mahu bersedekah, sedekahkanlah hartamu kepada mereka di kalangan ahli keluarga mu dahulu, kemudian barulah mereka yang lainnya. Nantinya, kamu memperoleh pahala bahkan juga SILATURRAHIM! Dan inilah tatacara yang Allah tegaskan dalam ayat 36 surah An Nisaa’. Bahkan, Allah mendahulukan keutamaan dalam berbuat baik kepada dua ibu-bapa sebagai yang paling utama.

Namun, penting untuk kita ingatkan diri kita tentang ayat ke 38 surah An Nisaa’, ikhlaskan amal kebajikan yang kita lakukan kerana Allah semata-mata, jangan sampai berlaku riya’, nanti kita akan kerugian kerana waktu itu pahala sudah bertukar menjadi debu.

Demikianlah empat panduan beramal kebajikan yang Allah nukilkan di dalam Al Quran yang sewajarnya kita ambil sebagai guideline dalam kita melaksanakannya.

2. Wang adalah untuk keperluan keluarga

Keperluan keluarga wajarnya difahami secara mikro dan makro. Keluarga yang ada pertalian darah dan keluarga yang berkongsi akidah.

Allah mengaitkan bahawa darjat bagi seseorang adalah antara lainnya diukur dengan kesanggupannya membelanjakan hartanya untuk kaum keluarganya, anak-anak yatim, orang miskin, ibn sabil (mereka yang bermusafir demi kebaikan termasuklah para pelajar yang menuntut ilmu jauh di perantauan) dan riqaab (dan orang yang berhutang demi keperluan namun, tidak mampu melunaskannya) (Al Baqarah: 177).

Tuntutan dalam Al Quran adalah membelanjakan wang demi keperluan keluarga. Dalam masa yang sama, pengkategorian bakhil adalah termasuk mereka yang lokek dalam memperuntukkan wang perbelanjaan kepada kaum keluarganya. Oleh kerana besarnya pertanggungjawaban ini, maka ia telah dinukilkan secara khusus dalam panduan umum tatacara membelanjakan wang dalam Islam.

Secara peribadinya, saya sangat bersyukur kerana Allah telah mengurniakan buat saya seorang suami yang sangat berhikmah dalam memperuntukkan perbelanjaan buat kami sekeluarga.Semoga Allah mengganjarimu dengan sebaik-baik ganjaran.

Memandangkan buku yang saya rujuk ini adalah buku yang tebal dan lengkap, maka sub topik lain yang berkaitan adab-adab berbelanja seperti larangan membazir dan sebagainya telah diperincikan dalam bab yang lain. 

Mudah-mudahan kita bukan sahaja mampu berbelanja secara berhemah, namun juga secara berhikmah. 

Salam sayang, 

Sa'diah 

Saturday, 4 January 2014

TENTANG WANG DALAM SUNNAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca yang setia, 

Semoga semuanya sihat dan ceria melazimi kebaikan sebagai rutin harian. 

Saya membelek-belek Summarized Sahih Bukhari Arabic-English yang diterjemahkan oleh Dr. Muhammad Muhsin Khan. Terasa lama sudah tidak memegang kitab Hadith sejak meninggalkan Taman Ilmu dan Budi. Dari senarai indeksnya saya mencari bab tentang wang. Dua kali saya membelek indeksnya, tetapi tiada. Cuma yang paling hampir dengan pencarian saya tentang wang dalam sunnah ialah bab jual beli (the book of sales). Perlahan-lahan saya berdoa agar Allah mempermudah urusan saya bukan sahaja untuk memahami hadith-hadith ini tetapi juga untuk menganalisanya setakat kemampuan saya.

Pada mulanya, akal saya mengatakan kepada hati saya tentang siapalah saya hendak menulis tentang wang dalam Sunnah, sedangkan saya bukanlah mendalami jurusan Hadith pun. Hanya ada dua tiga hadith yang saya ingat-ingat lupa. Sedih sungguh. Tetapi, saya harus jujur pada diri saya, bahawa akal saya semata-mata tidak mampu memberi kata putus kepada fakulti-fakulti lain dalam diri saya, iaitu hati dan fizikal saya. Iya saya jenis yang jika hati saya mahukan sesuatu, fizikal pun akan turut terpaksa memenuhinya. Jadi, saya bisikkan pada akal, “mari bekerjasama dengan berfikir positif”. 

Sekali lagi, disclaimer saya, mohon jika ada orang yang lebih ahlinya membaca entri ini, marilah memperkayakan tulisan ini demi pencerahan bersama.

Jujurnya, saya menghargai hadith dan terjemahannya lebih daripada Al Quran terjemahannya (opops jangan silap faham). Maksud saya, adalah lebih mudah saya memperoleh terjemahan bagi ayat-ayat Al Quran berbanding untuk saya memperoleh hadith dan maknanya yang berkaitan dengan apa-apa subjek yang saya cari jawapannya. Tetapi jika hadith, tak kan padan jika merujuk satu Sahih sahaja. Sekalipun, inilah yang saya buat untuk peringkat permulaan ini. Iya. Saya hanya merujuk Sahih Bukhari dahulu. Bertatih kata orang, in syaAllah.

Untuk itu, saya rasa begitu rugi andai saya tidak menukilkan hadith-hadith yang membantu saya memahamkan saya tentang wang dalam sunnah.
Terlebih dahulu, saya kategorikan penemuan hadith-hadith ini kepada tiga kategori:
  1. Pertama: hadith-hadith yang menguatkan apa yang telah dijelaskan oleh Allah dalam Al Quran iaitu mata wang adalah emas dan perak (dinar dan dirham)
  2. Kedua: hadith-hadith yang memerihalkan tentang item-item lain yang menjadi mata wang
  3. Ketiga: hadith-hadith yang menjelaskan tentang syarat-syarat jual beli emas, perak dan item-item lain yang juga merupakan matawang

Pertama: Hadith yang menguatkan apa yang telah dijelaskan oleh Allah dalam Al Quran iaitu mata wang adalah emas dan perak (dinar dan dirham).

Dalam bab ke 44, hadith no. 1035, m.s 483, Daripada Jabir radiallahu ‘anhu: Rasulullah SAW melarang daripada menjual buah-buahan melainkan setelah ia masak, dan tiada satu pun daripada buah-buahan itu boleh dijual melainkan dengan menggunakan dinar ataupun dirham (iaitu wang), melainkan pokok ‘Araya (kurma yang boleh dijual dengan kurma).

Adalah penting pada asasnya untuk memahami bahawa Sunnah antara peranannya adalah penjelas kepada apa yang termaktub di dalam Al Quran. Dalam entry yang lepas, saya telah menemukan jawapan tentang adanya Firman Allah yang menyebut bahawa emas (dinar) dan perak (dirham) sebagai matawang.

Makanya, dalam hadith no. 1035 ini, Rasulullah SAW telah sekali lagi menegaskan perkara yang sama. Rasulullah SAW menjelaskan yang mana apabila buah-buahan telah masak, maka ia boleh dijual menggunakan dinar ataupun dirham. Untuk itu, dapatlah saya memberikan konklusi bahawa dinar dan dirham diiktiraf sebagai matawang dalam kedua-dua Al Quran dan As Sunnah.

Kedua: Hadith-hadith yang memerihalkan tentang item-item lain yang menjadi matawang

Dalam bab ke 30, hadith no. 1019, m.s 477, daripada ‘Umar Bin Al Khattab radiallahu anhu: Rasulullah SAW telah bersabda: “Pertukaran emas dengan emas, adalah riba melainkan jika ia dilakukan serta merta dan dengan timbangan yang setara, dan gandum dengan gandum adalah riba melainkan jika ia dilakukan serta merta dan dengan timbangan yang setara, dan kurma dengan kurma adalah riba melainkan ia dilakukan dengan serta merta dan dengan timbangan yang setara, dan barli dengan barli adalah riba melainkan jika ia dilakukan dengan serta merta dan dengan timbangan yang setara.”

Satu lagi hadith diriwayatkan dalam sahih Muslim (via buku Imam Imran yang dirujuk dalam entri lepas m.s 24 – 25). Abi Said Al Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma dan garam dengan garam. (Apabila berlaku transaksi), maka ia mesti sama atau setara, dan pembayaran adalah serta merta, jika sesiapa di antara kamu yang memberi lebih atau meminta lebih, maka dia telah terlibat dengan riba dan si pemberi dan si penerimanya kedua-duanya adalah sama-sama berdosa”.

Sewaktu saya mula-mula meneliti kedua-dua hadith ini, saya bertanya kepada diri saya tentang bagaimana saya hendak menganalisa yang item-item seperti kurma, gandum, barli dan garam juga merupakan matawang? Untuk itu, saya mencuba memahaminya menerusi dua sudut:
  1. dalam kedua-dua hadith ini, Rasulullah SAW menyebut akan emas dan perak (dan kita sedia maklum yang kita telah menemukan justifikasi kedua-dua item ini sebagai matawang) bersama-sama dengan item-item yang lain iaitu kurma, gandum, barli dan garam. Dari segi uslub atau kaedah penyampaiannya, maka dapat difahami bahawa item-item ini mempunyai fungsi dan peranan yang sama disebabkan a) item-item ini dinyatakan secara bersama b) syarat-syarat jual beli item ini juga sama ya’ni perlu melibatkan pertukaran yang setara timbangannya dan tidak boleh pertukarannya dilakukan secara bertangguh. Dan dalam masa yang sama, ketidakpatuhan kepada kedua-dua syarat ini membawa kepada implikasi yang sama iaitu Riba. Pun begitu, implikasi seperti ini tidak terjadi sekiranya pertukaran yang tidak setara berlaku dalam pertukaran dua ekor unta kurus dengan seekor unta gemuk contohnya.
  2. item-item ini mempunyai nilai yang tersendiri ataupun berharga atau precious value inside them, sehinggakan ia berkeupayaan menjadi medium pertukaran atau accepted to be medium of exchange. Selain itu, item-item ini juga mempunyai jangka hayat sehingga ia mampu menyimpan nilai atau store of value. Dalam masa yang sama, item-item ini juga boleh menjadi rujukan nilai atau standard of value. Contohnya, nilai beberapa ekor unta boleh diukur dengan sekian sekian dinar atau dirham. Tetapi, fungsi-fungsi ini tidak terpakai ke atas nasi lemak contohnya kerana ia adalah tidak tahan lama atau perishable. Biarpun kurma, gandum, barli dan garam juga ada tarikh luputnya, namun item-item ini masih mempunyai sesuatu yang kita panggil rack lifetime untuk suatu jangka masa tertentu.

Pun begitu, masih terdapat dua perkara utama yang saya masih belum menemukan jawapan yang mampu memuaskan pemikiran saya iaitu:
  1. jika sekiranya item-item lain yang juga berharga, mempunyai jangka hayat dan diterima oleh masyarakat, maka adakah ia diterima di dalam Islam sebagai matawang contohnya timah, beras, getah, gula dan kelapa sawit
  2. apakah mekanisme bagi merealisasikan penggunaan matawang komoditi seperti ini dapat direalisasikan. Al Quran dan As Sunnah menerangkan perkara pokok tentang jenis matawang. Persoalannya bagaimanakah pelaksanaannya?


Ketiga: hadith-hadith yang menjelaskan tentang syarat-syarat jual beli emas, perak dan item-item lain yang juga merupakan matawang

Dalam bab ke 48, Hadith no. 1039, m.s 484, daripada Abu Sa’id Al Khudri dan Abu Huraira radiallahu ‘anhuma : Rasulullah SAW telah melantik seseorang sebagai Gabenor Khaibar. Gabenor tersebut telah membawa kepada Baginda sejenis kurma yang sangat baik (jenis kurma Khaibar). Rasulullah SAW bertanya, “Adakah semua kurma Khaibar seperti ini?” Gabenor itu menjawab, “Demi Allah, tidak, wahai Rasulullah! Namun kami menukarkan satu Sa’ kurma jenis ini dengan dua Sa’ kurma kepunyaan kami dan dua Sa’ kurma jenis ini dengan tiga Sa’ kurma kepunyaan kami,” Rasulullah SAW bersabda, “Jangan lakukan begini [kerana ini adalah salah satu jenis Riba], akan tetapi jualkanlah kurma campuran ini dengan menukarkannya dengan wang, dan belilah kurma dari jenis yang baik dengan wang itu”.

Dalam bab ke 40, hadith no. 1029, m.s 481, daripada Abu Bakar radiallahu anhu telah berkata:  telah bersabda Rasulullah SAW, “Jangan menjual emas dengan emas melainkan dengan timbangan yang setara, dan tidak juga perak dengan perak melainkan dengan timbangan yang setara (dan secara serta merta ya’ni tidak bertangguh), tetapi kamu boleh menjual emas dengan perak atau perak dengan emas selayaknya kamu mahu”

Dalam bab ke 41, hadith no. 1030, m.s 481, daripada Abu Said Al Khudri radiallahu anhu: Rasulullah SAW telah bersabda, “Jangan menjual emas dengan emas melainkan dengan timbangan yang setara (dan serta merta ya’ni tidak bertangguh), dan jangan menjual timbangan yang kurang ke atas timbangan yang banyak dan juga sebaliknya dan jangan menjual perak dengan perak (perkataan yang digunakan adalah wariq dan terjemahannya menggunakan makna sebagai perak) melainkan dengan timbangan yang setara (dan serta merta ya’ni bukan dengan secara bertangguh), dan jangan menjual timbangan yang kurang ke atas timbangan yang banyak dan juga sebaliknya, dan jangan menjual emas atau perak yang belum wujud dengan emas atau perak yang mana perak yang telah wujud”

Dalam bab ke 42, hadith no. 1031, m.s 481, daripada Abu Said Al Khudri radiallahu anhu: “Menjual dinar dengan dinar, dan dirham dengan dirham (adalah diharuskan).” Aku berkata kepadanya, “Ibnu ‘Abbas tidak berkata seperti itu.” Abu Said menjawab, “Aku telah bertanya Ibnu ‘Abbas sama ada dia telah mendengarnya daripada Rasulullah SAW atau melihatnya dalam Al Quran. Ibnu ‘Abbas menjawab, “Aku tidak menyetujuinya, dan engkau mengenali Rasulullah SAW lebih daripada aku, tetapi Usamah pernah memberitahuku bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Tidak ada riba (dalam pertukaran wang) melainkan jika ia tidak dilakukan serta merta (ya’ni apabila ia melibatkan bayaran secara bertangguh).”

Dalam bab ke 43, hadith no. 1032, m.s 482, daripada Al Barra’ bin ‘Azib dan Zaid Bin Arqam radiallahu anhum, bahawa kedua-duanya telah ditanya tentang pertukaran wang, maka setiap dari keduanya berkata, “Dia ini lebih baik daripada aku”, dan kedua-duanya berkata, “Rasulullah SAW telah melarang menjual perak dengan emas secara tertangguh”.

Saya mengambil masa untuk menjambatankan pemahaman hadith-hadith ini dengan ilmu ekonomi yang saya pelajari. Dalam keterhadan, saya dapat menganalisa satu perkara utama:

Setelah saya diyakinkan dengan hujah dan dapatan bahawa emas, perak, kurma, gandum, barli dan garam diterima sebagai matawang. Maka adalah penting untuk difahami bahawa pertukaran matawang dengan matawang mestilah setara nilainya dan serta merta dilakukan (dalam satu majlis dan bukan secara bayaran tertangguh). Kenapakah ia disyariatkan kepada kita sebegitu rupa? Dengan mengambil satu contoh, katakanlah si A mahu menukarkan 200 gram emas jongkong dengan 200 gram emas perhiasan (jewelleries) dengan si B. Katakanlah nilai emas pada harga semasa dari jenis yang sama adalah RM132 bagi setiap satu gram didarab dengan 200 gram maka nilainya adalah RM26,400. Jika menurut persyariatan agama, nilai pertukaran ini hendaklah dilakukan secara hand to hand bukan secara kredit atau tertangguh. Kenapa? Kerana katakalah jika si A bersetuju untuk menyerahkan emas jongkongnya kepada si B pada 1 Januari 2012 dan dalam masa yang sama bersetuju membenarkan si B menyerahkan 200 gram emas perhiasannya pada 1 Disember 2012. Maka di situ, terbukalah peluang riba di mana ada kemungkinan di sebabkan faktor waktu dan penangguhan, pertukaran yang berlaku adalah di antara 200 gram emas jongkong dengan 250 gram emas perhiasan. Ya’ni bukan lagi 200 gram emas jongkong dengan 200 gram emas perhiasan. Dan, ini dengan jelas membuka kepada pintu Riba.

Dari konteks yang lebih kontemporari, inilah masalah yang kita hadapi. Apabila kita meminjam RM100,000 daripada bank dan bersetuju dengan perjanjian bayaran balik dalam tempoh 20 tahun, bukankah pada akhirnya kita terpaksa membayar balik kepada bank RM200,00 (dengan mengambil kira faktor faedah dan sebagainya)? Bukankah ini contoh pertukaran wang dengan wang yang tidak setara? Dan bukankah ini yang ditegah oleh Rasulullah SAW?

Demikianlah peri pentingnya kepatuhan kepada dua syarat ini saatnya ia melibatkan pertukaran matawang dengan matawang. Indahnya sabda Junjungan yang mampu mencelikkan orang ekonomi tentang pokok dan dasar permasalahan. Cerdik pandai ada mengatakan, “jika mahu mengatasi masalah, ubatlah puncanya dan bukan simptomnya!”

In syaAllah dalam entri akan datang, saya akan menambah sedikit lagi analisa saya tentang wang dalam Al Quran dan As Sunnah dan jambatannya dengan perspektif ekonomi.

Salam sayang :) 

Oohh ye, jemput ke blog busana saya di www.hijabi2u.blogspot.com

Friday, 3 January 2014

TENTANG WANG DALAM AL QURAN

Saya bukanlah pakar di dalam bidang Al Quran. Saya hanya belajar empat subjek khusus berhubung Al Quran sewaktu di UIAM dulu iaitu Economics in Al Quran & As Sunnah, Science of Al Quran, Tafsir Mufassirun dan Quranic Discourse. Satu pendedahan yang sangat minima. Sangat surface

Maka, disclaimer saya sedari awal lagi, saya raikan pandangan mereka yang lebih ahli, menghulur pendapat dan sama-sama memperkaya wadah keilmuan, in syaAllah. 

Tajuk saya kali ini ialah wang dalam Al Quran. Jujurnya, saya terinspirasi menulis berhubung tajuk ini setelah saya membaca buku bertajuk "The Gold Dinar and Silver Dirham" oleh Imam Imran N. Hosein. Sebelum saya mengenali tulisan beliau, saya terlebih dahulu mengenali susuk tubuh beliau secara live sewaktu menghadiri konferens antarabangsa tentang Ekonomi dan Perbankan Islam di Kuala Lumpur sekitar tahun 2010. Alhamdulillah, selepas itu saya mulai membaca tulisan beliau dan juga menonton YouTube tentang money in Islam yang diulas oleh beliau. 

Dalam tulisan beliau ini, beliau mencatatkan secara spesifik akan 14 tempat di dalam Al Quran di mana Allah menceritakan secara langsung tentang emas dan perak. 

Berdasarkan 14 tempat yang dirujuk tafsirannya dalam Al Quran (saya merujuk tafsir Fi Zilalil Quran karangan Syed Qutb) dengan seni bahasanya yang indah, kalimah yang berkait dengan dinar (emas) adalah juga berkait dengan susunan perkataan lain seperti qintar dan zahab. Sementara perkataan dirham juga mempunyai keterkaitan dengan perkataan fiddah ya’ni perak. Uslub atau cara yang digunapakai dalam Al Quran secara umumnya tidak menyudutkan emas dan perak kepada perspektif yang kecil. Malahan, Allah menjelaskan enam perkara besar yang berkaitan:

  1. Allah memerihalkan bahawa kecenderungan manusia kepada emas dan perak serta perhiasan dunia yang lainnya seperti wanita, anak-pinak, kuda, binatang ternak dan sawah ladang adalah kecenderungan syahwat yang tidak kotor dan jijik. Bahkan, Islam menggariskan bahawa kecenderungan syahwat ini bukanlah untuk ditekan atau ditindas malahan adalah untuk ditadbir urus bagi mencapai matlamat yang lebih tinggi maqamnya iaitu memperoleh redha Allah. 
  2. Allah juga menjelaskan bahawa keni’matan di dunia termasuk rumah, istana, emas, perak dan perhiasan adalah sementara. Apa yang kekal di sisi Allah adalah keni’matan yang Allah ganjari kepada orang-orang yang bertaqwa. Allah juga mengingatkan bahawa pemberian ni’mat dunia kepada hambanNya bukanlah kayu ukur tentang adakah mereka itu hampir atau jauh dengan Allah, kerana Allah juga memberikan kurniaanNya kepada hambaNya yang kufur.
  3. Allah juga mengambarkan bahawa ni’mat di dalam syurga antaranya gelas, pinggan yang diperbuat daripada emas dan perak, gelang-gelang yang dihiasi dengan emas dan permata serta pakaian yang diperbuat daripada sutera hijau yang halus dan tebal serta bersulam. Gambaran ini merupakan ni’mat yang diidami oleh hati dan keinginan manusia.
  4. Dalam satu ayat dari Surah Yusuf: 20, Allah menjelaskan tentang peranan matawang dirham sebagai medium pertukaran. Ini salah satu ayat yang secara spesifik memperincikan salah satu peranan wang iaitu sebagai medium pertukaran dan mata wang yang disebut di dalam Al Quran ialah dirham (mata wang perak). 
  5. Dalam surah Ali Imraan: 75, Allah mengisahkan tentang sikap sebahagian ahli kitab (Yahudi) yang tidak berlaku amanah apabila mereka diamanahkan dengan emas yang sedikit mahupun banyak, mereka enggan mengembalikannya. Bahkan, mereka berdusta dengan mengatakan bahawa sikap yang sedemikian itu adalah perintah Tuhan ke atas mereka. Sesungguhnya, inilah yang dinamakan sebagai penipuan di atas nama Allah kerana Allah tidak pernah memerintahkan hambaNya untuk melakukan tipu muslihat dalam muamalah mereka.
  6. Allah juga mengingatkan kita semua tentang perihal jangan sampai emas, perak dan harta dunia mengaburi kita dari kebenaran yang datang kepada kita. Sebagaimana yang telah diceritakan bila mana rakyat Fir’aun menolak dakwah Nabi Musa hanya kerana Fir’aun memiliki kekayaan dan kekuasaan sedangkan Nabi Musa adalah sebaliknya. 
Daripada 14 tempat dalam Al Quran yang menyebut tentang emas dan perak ini, hanya terdapat tiga ayat yang menyebutnya secara hampir dengan aspek muamalah iaitu dalam Surah Yusuf: 20, Ali Imran: 14, 75 dan 91.  

Adalah penting untuk kita memahami bahawa sekalipun Al Quran tidak menjelaskan secara terus atau direct tentang wang dalam bentuk dinar (dalam surah Yusuf ada perkaitan jelas dirham sebagai matawang), namun dalam surah Ali Imraan: 91 ada dinyatakan bahawa orang kafir yang mati dalam kekufuran tidak akan pernah sekali-kali dapat menebus pembalasan Allah dengan emas sepenuh bumi. Perkataan menebus boleh difahami dengan perbuatan menukar ganti ya'ni emas sebagai medium pertukaran. 

Demikianlah hasil cari gali saya yang sangat sedikit tentang wang dalam Al Quran. Dapatan yang saya temui ini meyakinkan saya bahawa terhadap dua perkara: 

1) Terdapatnya asas dalam bentuk firman Allah tentang emas dan perak sebagai medium pertukaran (atau mata wang) 

2) Emas dan perak adalah dua bentuk matawang yang sewajarnya dijadikan asas dalam sistem perekonomian lantaran keterkaitannya dengan sumber wahyu berbanding mata wang kertas yang (setakat pengkajian saya) tidak ditemukan justifikasinya dalam Al Quran. 

In syaAllah, saya bakal mengupas wang dalam Sunnah. 

Sayang Allah, sayang Rasulullah. 

Salam sayang :) 

Jemput singgah ke blog saya bagi mendapatkan koleksi busana Muslimah terbaru :) di www.hijabi2u.blogspot.com